Artis / Selebriti
” Aku pulak yang sebak ni. Adira dengan Datin Red tetap jalankan tanggungjawab bersama.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Video Majlis Pertunangan Anak Arwah Kakak Dato’ Red Yang Dijaga Oleh Dato’ Red Dari Kecil. Datin Red Dan Adira Turut Bersama Menjayakan Majlis Ini. Ucapan Dato’ Red Buat Ramai Sebak !!
Meninjau akaun Tiktok Dato’ Red, telah dikongsikan satu video yang memaparkan majlis pertunangan anak arwah kakak dan abang iparnya yang dijaga sejak dari berusia 9 tahun. Majlis istimewa untuk anak saudara Dato’ Red yang bernama Fatimah dan pasangannya, Firdaus ini berjalan dengan meriah.
Fatimah kelihatan begitu cantik dan berseri-seri dalam busana berwarna kuning. Tunangnya juga mengenakan baju Melayu dengan rona yang sama. Selain ahli keluarga lain, turut sama menjayakan majlis ini adalah bekas isteri Dato’ Red iaitu Datin Red dan Adira Suhaimi. Mereka yang turut mewakili sebelah pihak perempuan mengenakan baju berwarna hitam.
Kehadiran Adira bersama Datin Red ke majlis ini menarik perhatian warganet. Sekali pun kedua-duanya tidak lagi bergelar isteri kepada Dato’ Red, mereka masih lagi mengekalkan hubungan baik yang telah terjalin sebelum ini. Sudah lama warganet tidak melihat Datin Red dan Adira bersama sebegini.

Warganet juga turut tertarik dengan kapsyen yang ditulis oleh Dato’ Red. Ayat yang berbunyi ‘ sesungguhnya saya merindui masa lalu ‘ dan reaksi wajah sugul Dato’ Red pada penghujung video menyentuh hati warganet. Dato’ Red sebak kerana tidak dapat menghadiri majlis itu.
Jom tonton video di bawah:
@dato..red majlis pertunangan ank arwah kakak dan arwah abg ipar sya.sya jaga dri 9tahun.maaf papa tak dpt hadir.tq semua dan semestinya merindui …. #abgred
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Jaga dr kecik lg dr umur 9 tahun.. kira mcm anak dato red dah. Tahniah tok dapat menantu.. jangan sedih-sedih, terus kuat.. ramai yang sayangkan tok red.. ”
” Datin Red, Adira happynya dapat tengok dua-dua wanita baik ni. Kedua-duanya masih Jalin ukhuwah dgn baik.. moga sama2 kekal Baik selamya .. tok bangkit selesai kn misi.. ”
” Alhamdulillah tahniah Emma.. Best nye tgok pelamin merisik yg klasik tu. Msti pasang sndri kan.. ”
” Patutlah dato murah rezeki, banyak ambik tanggungjawab yang luar biasa. Sukanya tengok Adira dengan Datin Red tu, tetap jalankan tanggungjawab bersama.. ”
” Alhamdulillah baguslah Adira dan Datin Red ni. Suka tengok ikatan kekeluargaan mereka. Semoga kekal bahagia.. ”
” Suka lah tengok Datin Red dengan Adira ni.. actually tiga2 sikap dato red, datin and adira patut di puji.. nampak keindahan berbaik selalu… mendoakan kebaikan buat semua.. ”
” Aku pulak yang sebak ni. bagus dato red ni amanah Dan tanggungjawab tu.. ikhlas susah nk cri pak saudara yg blh jaga anak yatim.. sllu org tak nk ambik tanggungjawab tu.. saya puji sgt.. ”
Pujian kepada Dato’ Red juga diberikan kerana sudah menjalankan tanggungjawab sebaiknya. Walaupun Dato’ Red tidak bersama tetapi yakin lah Fatimah itu pasti bangga mempunyai ‘ ayah’ sebaik Dato’ Red. Tahniah juga kepada Datin Red dan Adira kerana menunjukkan contoh yang terbaik kepada semua.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Abang Red
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti20 hours ago Artis / Selebriti20 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
