Artis / Selebriti
” Aku baca komen semua, engkau ni kahwin paksa Fikry. Kau kena betulkan benda ni.. ” – Ain Edruce
Video Fikry Ibrahim menjawab isu dikatakan muka seperti tidak rela berkahwin ketika majlis pernikahannya baru-baru ini. Siapa lah yang pandai-pandai cakap Fikry kena kahwin paksa. Ini jawapan tuan badan sendiri..
Beberapa hari lalu, tular video dan gambar majlis pernikahan pelakon Fikry Ibrahim. Perkongsian tersebut menjadi perbualan warganet kerana terkejut setelah mengetahui Fikry secara tiba-tiba sudah bergelar seorang suami. Gara-gara wajah Fikry tidak ceria ketika gambarnya diambil sekitar majlis pernikahan tersebut, ada yang mengatakan Fikry seperti terpaksa berkahwin.
Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik nama liyaanfr9u4, telah dikongsikan video yang memaparkan Ain Edruce meminta penjelasan daripada Fikry mengenai isu pernikahannya yang hangat diperkatakan oleh umum dalam rancangan Melodi.
Fikry dengan tenang mengulas mengenai dakwaan tersebut. Dalam masa yang sama, Fikry menyangkal tanggapan ramai yang mengatakan dia seolah-olah terpaksa berkahwin. Pada akhir video itu, Fikry turut memberikan ucapan terima kasih terhadap isterinya, Khalizah yang sudi dan sanggup menjaga ibunya di Kedah ketika dia sedang bekerja pada ketika itu.

Mendengar apa yang dikatakan oleh Fikry, Ain turut tumpang gembira dan meminta warganet tidak lagi beranggapan negatif mengenai gambar-gambar pernikahan Fikry. Sehingga kini, video Fikry tersebut telah menerima ratusan komen serta puluhan ribu tanda suka setakat artikel ini ditulis.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@liyaanfr9u4 🥰🥰 #fikriibrahim #fikriibrahim #fyp #fypシ゚viral #fypage #masukfyp #esekeli #marriage #foryoupage #foryou #foryou
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya menyukai kenyataan yang diberikan oleh Fikry. Antara komen-komen menarik adalah :
” Fikry ibrahim ni tak kosong ya.. Sbb klau tnya org lain blm tentu mereka blh jwb dgn tepat, ringkas dn padat.. Adil itu mmg meletakkn sesuatu pd tmpatnya.. “
” Saya suka tang “ehsan isteri “mnjaga ibu, sbb nya tak smua mntu mampu brehsan kpd mrtua. Moga Allah sntsa merahmati fikri DN kluarga aamiin.. “
” Bila org berilmu berbicara.. “Adil itu meletakkan hak pd tmptnye” Semoga terus bahagia & sukses, Fikry.. Selamat pengantin baru diucapkan buat Fikry dan isteri.. “
” Ramai yang tktahu maksud sebenar adil. Ramai ingat sama rata. Walhal maksudnya meletakkan sesuatu pada tempatnya. Goodjob Fikry.. “
” Makna kata isteri dia dok serumah dgn mak dia la kn.. Jaga mak dia.. Bnyk yg kata jgn letak 2 queen dlm 1 rumah.. Tp isteri redha,ikhlas.. Alhamdulillah besar pahala isteri dia.. “
” Adik aku pon ngis lps nikah dkt 30minit die mngis utk die bertenang.. Adik aku laki tau..Rupe nye byk dia pikir tapi tu laa tak mudah jadi suami.. “
” Sy rasa Fikry tahu mana yg baik mana yg tidak… Sbb dia bijak.. Baik untuk ibu dia, dia, isteri dan ank2 tiri dia… Semoga dipermudahkan segala urusan dan bahagia selalu.. “
Alahai sweet sungguh mendengar ucapan Fikry buat isteri tercinta. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak turut ingin mengucapkan tahniah buat Fikry yang sudah selamat bergelar seorang suami. Semoga rumahtangga yang baru dibina oleh Fikry bersama isterinya akan berkekalan sehingga ke syurga.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok liyaanfr9u4
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Beliau mengalami beberapa kecederaan akibat.. “- Pengarah Hospital Tapah
-
Artis / Selebriti2 days ago” Bila dia jatuh, dia tengok macam pintu gerbang. Dia cakap pintu gerbang ni ada 3 lorong.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti6 days ago” Uwais memiliki suara ibunya tetapi versi lelaki. Tone suara dia meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kita layan dia makan Mee Cintan 2 peket, kopi 3 cawan, lepas tu.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Masuk air betul Kepom ni, geram pula kita tengok. Penat tau gelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” As a mother, it was one of the most frightening moments i have experienced.. ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti5 days ago” Cantiknya anak Tok Adi, hidung terletak elok.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak sangka Que boleh nyanyi sesedap ini. Suara dia ada vibes tersendiri yang tak ada kat penyanyi lain.. ” – Komen Netizen

