Artis / Selebriti
” Dorang tau tak Fikry ni selebriti ? Comel la perangai Fikry, betul-betul random, haha.. ” – Komen Netizen
Video Fikry Ibrahim menumpang sebuah sebuah lori kerana keretanya rosak raih perhatian ramai. Wah memang sempoi dan random betul Fikry ni. Kamala tu tak tahu ke FIkry ni pelakon, hehe..
Bagi yang suka mengikuti pelakon Fikry, pasti mengetahui sebelum ini Fikry sering berkongsi video kelakar dan perkongsian video-video itu juga membuat ramai yang terhibur. Antara video yang mencuit hati adalah video Fikry menyakat ibunya.
Terbaru, meninjau di akaun TikTok Fikry, telah dikongsikan video baru yang memaparkan Fikry memberitahu keretanya rosak dan kemudian ada yang datang membantunya. Menerusi video itu, Fikry juga merakamkan dirinya yang berada di atas lori.
Bukan itu sahaja, Fikry juga kelihatan begitu mesra menyantuni seorang lelaki berbangsa India yang turut menaiki bahagian belakang lori tersebut. Di akhir video, Fikry juga merakamkan wajah seorang wanita yang dikenali dengan nama Kamala dan Fikry mengucapkan terima kasih kerana sudi membantunya.

Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet dan para peminat Fikry. Ramai yang mengatakan suka dengan sikap Fikry yang begitu ‘random’ dan memuji sikap baik wanita berbangsa India itu kerana membantu Fikry. Sehingga kini, perkongsian video Fikry itu menerima ratusan komen setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
@afikryaibrahim
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Dorang tau tak Fikry ni selebriti ? Comel la perangai Fikry, betul-betul random, haha.. Apapun, syukur ada yang sudi membantu.. “
” India bab tolong orang memang bagus.. Pernah tanya pakcik india tngah sapu sampah tepi jalan.. Dia snggup start muto tlg guide jalan nk bg kami sampai ke destinasi.. Sampai skrg masih ingat.. “
” Suka tenguk gaya kehidupan seharian dia nampak semua keikhlasan dia bila buat contant semua dia share tanpa fikir realiti siapa diri dia.. “
” Kamala tu tau tak yg dia tlg tu pelakon.. Kalau nynyi lagu chaiya chaiya pun jadi ni ats lori tu, haha.. Hang memang sempoi Fikry.. “
” Bila sering berbuat baik dengan ibu bapa dan orang lain.. InshaAllah bila kita dalam kesusahan Allah hantar orang yang baik2 untuk bantu kita.. “
” Weyyy aku teringat cerita hat dia dgn Emma maembong balik raya tuu.. Hahahahahahaahah lawak weyy cita tuh.. “
” Memang sempoi 1 Malaysia ni .. Drama kehidupan yg reality.. Alhamdulillah, rezeki Fikry ada orang baik tolong.. Rezeki juga tu.. “
Tulis warganet lagi, Fikry seorang anak yang baik kerana menjaga kebajikan ibunya, mungkin disebabkan itu Allah menghadirkan orang-orang yang baik untuk membantu Fikry ketika dia dalam kesusahan. Apa-apa pun, semoga keluarga yang membantu Fikry ini juga dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok afikryaibrahim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

