Artis / Selebriti
” Akhirnya ada juga gambar pengantin selepas akad nikah. Anggun sangat Anisha.. ” – Netizen
Gambar Pertama Pengiran Muda Abdul Mateen Bersama Dayang Anisha Setelah Sah Bergelar Suami Isteri. Ramai Yang Tanya Mana Anisha Masa Akad Nikah, Ini Sebabnya Rupanya, Baru Tahu. Cantik Anisha, Simple Sahaja Dan Memang Natural Beauty !!
Semalam telah berlangsungnya majlis istiadat akad nikah pasangan diraja Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah binti Adam. Hanya dengan sekali lafaz sahaja, upacara ini disempurnakan oleh Putera Mateen dengan cukup baik.
Ketika majlis berlangsung di Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, ramai yang tertanya-tanya keberadaan Dayang Anisha di situ. Mengikut adat Brunei, cuma pengantin lelaki sahaja yang ke masjid untuk menyempurnakan ijab qabul.
Meninjau entry di akaun Instagram theroyals_squadx, telah dikongsikan sekeping gambar Putera Mateen dan Dayang Anisha sesudah selesai majlis akad nikah mereka. Ini adalah gambar pertama selepas mereka sah bergelar suami dan isteri.

Sebagaimana Putera Mateen, Dayang Anisha juga mengenakan persalinan baju kurung berwarna putih. Turut mengenakan selendang di kepalanya, kecantikan Dayang Anisha meraih perhatian ramai. Tanpa solekan yang tebal Dayang Anisha tetap kelihatan cantik dan berseri-seri.
Jom baca perkongsian di bawah :
Sehingga kini, lebih 1000 tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian tersebut. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Kali ni cantik-cantik baju persalinan diraja.. Love sangat pasangan diraja ni.. cantik dan sama padan.. ”
” Cantik sweet pengiran Abdul marteen dan Isteri.. aa comelnya pengantin baru ni.. they look so good together.. ”
” Its simple, natural makeup for Dayang Anisha but she so stunning and always pretty.. natural beauty.. ”
” Alhmdulillaah.. Selamat Pengantin Baru Princemateen n wife Anisha.. Smoga brbhgia hingga ujung nyawa till Jannah… Aamiin.. ”
” Selamat pengantin baru prince, semoga Allah akan selalu memberikan kebahagiaan lahir dan bathin.. Aamiin.. ”
” MashaAllah auranya positif banget.. akhirnya dapat gambar yang hd yang min.. anggun sangat Anisha.. ”
” Sejuk mata memandang, selamat pengantin baru Putera Mateen dan Anisha. Akhirnya ada juga gambar pengantin selepas akad nikah.. ”
Sama cantik dan sama padan, bagai pinang dibelah dua pasangan pengantin diraja ini. Perkahwinan paling gah bagi tahun 2024 dan ianya akan menjadi antara sejarah manis buat seluruh rakyat negara Brunei. Semoga Putera Mateen dan Dayang Anisha berbahagia selalu dan berkekalan sehingga ke akhir nyawa.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Theroyals_squadx
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Beliau mengalami beberapa kecederaan akibat.. “- Pengarah Hospital Tapah
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bila dia jatuh, dia tengok macam pintu gerbang. Dia cakap pintu gerbang ni ada 3 lorong.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti4 days ago” Masuk air betul Kepom ni, geram pula kita tengok. Penat tau gelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kita layan dia makan Mee Cintan 2 peket, kopi 3 cawan, lepas tu.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti3 days ago” Merinding dengar suara Dekta ni, bayangan ibu sangat. Sumpah sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Habis dibuka yang tak sepatutnya, macam tu je dia spill.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” YB dah stress, dah tepuk dada. Sekali YB pun terkena prank Didi, haha.. ” – Komen Netizen


