Artis / Selebriti
” Aduh Tiara kenapa cute sangat ni. Yang bapaknya layan juga eh, haha.. ” – Komen Netizen
Achey kongsi video melayani anaknya, Tiara Zinnirah berkaraoke bersama keluarga buat warganet terhibur. Adoi lah Tiara, sempat lagi request makanan masa menyanyi. Lawak lah Tiara ni, pasrah ayah dibuatnya, haha..
Tiara Zinnirah anak kesayangan Achey Bocey dan isterinya Anne. Kehadiran Tiara dalam kehidupan Achey membawa banyak keceriaan dan dilimpahi rezeki yang tidak dijangka oleh pasangan ini. Tiara anak yang penuh keceriaan dan sering membuat jenaka spontan.
Jika sebelum ini Tiara pernah menyanyikan lagu Oh Jamilah di hadapan Human Standee Que Haidar, kali ini Tiara menghiburkan seluruh keluarga Achey dengan nyanyiannya itu. Achey yang berkumpul bersama ahli keluarga dan melakukan aktiviti bersama-sama.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Achey Bocey, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Tiara sedang berkaraoke menyanyikan lagu tersebut. Achey pula melayani kerenah anaknya itu dan menjadi penyeri dalam nyanyian Tiara sebagai penari latar.

Ketika sedang seronok mendengar Tiara menyanyi dan Achey berjoget, Tiara meminta sesuatu daripada Achey. Rupa-rupanya Tiara ingin makan dan makanan yang dimintanya itu mencuit hati warganet. Tiara dan makanan berpisah tiada, nampaknya Tiara lagi kelakar daripada Achey.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Bestnye tiara dah pndai nyanyi haha.. ayah pulakkkk lebih-lebih.. lepastu bedal Pak Mat Western.. kambing dimintanya, anak bertuah betul tiara ni hahaha.. “
” Aduh aduh Tiara kenapa cute sangat ni.. yang bapaknya layan juga eh haha. happy tengok tiara dengan achey ni.. abang jamil tak ada, layan santai tiara dengan ayah.. “
” Tiara nyanyi comel, meriah eh bila semua berkumpul. siap ada dancer belakang lagi haha.. shedot join joget jugak.. “
” Bukan jamilah ank pak beruang ke tiara? Aku gelak xabis lagi kes dia nyanyi lagu jamilah dpn patung que haidar siap geletek tiak lagi.. “
” Yay.. The Best Of Tiara.. Tq Tiara penutup 2025, Tiara nyanyi dan minta Kambing Bakar… aaahh Tepukkk.. “
” Tiara haha, mata tertatap dekat tong gas merah tu.. comel Tiara, manis lagi Tiara. Tiara lucu betul, makanan tak pernah lupa Tiara eh haha.. “
” Haha Tiara kenapa cute sangat. dan lagi eh mintak nak makan kambing walhal tengah syok menyanyi.. Tiara tiara, penghibur keluarga betul.. “
Alahai Tiara, sempat lagi difikirkan makanan walaupun tengah asyik menyanyi lagu Jamilah. Tiara sememangnya penghibur seisi keluarga Achey. Semoga Tiara sentiasa membesar dengan sihat, menjadi anak yang solehah dan menjadi kebanggaan keluarga apabila dewasa kelak.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Achey Bocey
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

