Connect with us

Artis / Selebriti

” Adakah suami saya i macam pelik-pelik sikit atau pun memang macam tu lelaki ? ” – Erra Fazira

Video Erra Fazira bocor rahsia dan perangai pelik suaminya, Ezwan Zain yang diketahui selepas berkahwin buat warganet terhibur. Kaw-kaw Erra pecahkan tembelang Ezwan, Tak sempat Ezwan nak mencelah, haha..

Meninjau di akaun TikTok milik aisy.madiha, telah dikongsikan video sesi siaran langsung membabitkan pasangan selebriti, Erra Fazira bersama suaminya, Ezwan Zain. Menerusi siaran tersebut, kedua-duanya dilihat berborak santai sambil menjawab pelbagai soalan yang diajukan oleh para penonton.

Menerusi video itu, seorang penonton bertanya mengapa mereka memilih untuk membuat siaran langsung pada waktu yang agak lewat malam. Menjawab persoalan tersebut, Erra menjelaskan bahawa malam berkenaan merupakan malam minggu, selain memaklumkan suaminya sememangnya seorang yang gemar berjaga hingga lewat malam.

Apa yang lebih mencuri perhatian apabila Erra secara berseloroh mendedahkan rutin suaminya setiap kali menjelang tengah malam. Menurut Erra, Ezwan lazimnya hanya akan tidur sekitar pukul 3 hingga 4 pagi kerana gemar meluangkan masa bermain permainan video atau menonton pelbagai kandungan di telefon bimbitnya.

Sebaik sahaja Erra mendedahkan perkara itu, Ezwan dilihat seolah-olah cuba menghalang isterinya daripada terus berkongsi ‘rahsia’ tersebut. Reaksi spontan Ezwan itu mengundang gelak tawa, manakala Erra pula hanya tersenyum sambil meneruskan perkongsiannya, menjadikan suasana siaran langsung itu lebih santai dan menghiburkan.

Tonton video di bawah ini :

@aisy.madiha

Eee comell btoi laaa kak erra ni cubitkang 🩷🩷 hehehe #errafazira #erra #ezwanzain #ezwanerra #foryou

♬ original sound – 𝒜𝓎𝒶𝒶✨ – 𝒜𝓎𝒶𝒶✨

Di ruangan, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :

” Hahaha luahan perasaan je nie.. Sama je Kak Erra, lelaki semua macam tu, suka lain main game.. Comel lah dorang ni kalau buat live, ada je ha masing-masing nk menyakat masing-masing, haha.. “

” Nampak serasi sangat dengan suami.. Sama2 pandai bergurau senda semoga era dan suami nya.. hidup bahagia bersama sampai ke syurga.. “

” Semoga mr E & Erra brbahgia sampai ke jannah.. Semoga pasangan kesayangan kami ni kekal hingga akhir hayat .. “

” Lucu pasangan ni.. Sama lawak.. Bahagia cara mereka, memang cute sangat tengok.. Moga kekal bahagia hingga ke syurga Erra dan Ezwan.. “

” So sweet pasangan ni.. Nampak hormani sekali.. Gurauan suami isteri ni menambah Kasih sayang suami isteri.. Semoga Erra dan suami bahagia hidup bersama sampai akhir hayat sampai syurga.. Aamiin 

” Suami isteri ni berbual macam kawan rapat pulak aku tengok..mrk berdua berfikiran terbuka..mmg npk serasi..moga kekal hingga hujung nyawa.. Aamiin.. “

” Kebahagiaàn bole dicipta tk kira dgn sapa. Yg penting saling menghormati, berkasih syg dan setia. Tu yg biasanya seorg wanita inginkan. In shaa Allah. Semoga bahgia bkekalan buat Mr n Mrs E. Aamiin.. “

Perkongsian video tersebut mencuri perhatian ramai warganet. Ramai terhibur melihat gelagat spontan pasangan itu yang disifatkan sangat serasi dan bersahaja, malah ada yang berseloroh mengatakan rutin berjaga lewat malam Ezwan sama seperti kebanyakan lelaki di luar sana.

Silakan SHARE..

Sumber : TikTok aisy.madiha

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Kitsui

Trending

Copyright © Berita Kopak

🔥 Berita Terkait Lainnya:
🏛️ Politik: Politik💰 Ekonomi: Ekonomi⚽ Olahraga: Olahraga💻 Teknologi: TeknologiPendidikan🎬 Hiburan: Hiburan📰 Berita🏥 Kesehatan: Kesehatan
📡 Auto-updated • ⚡ Fast indexing • 🚀 SEO optimized