Artis / Selebriti
” Yang tak pernah kita sebut, kita nak sebut hari ini awak.. ” – Sharifah Shahirah
Video ucapan Sharifah Shahirah sempena ulang tahun kelahiran suaminya, Ijoy buat ramai terhibur. Fuhh, suspen betul dengar ucapan Shiera tu, lain daripada yang lain, hehe..
Umum mengetahui Sharifah Shahirah atau mesra dengan panggilan Shiera merupakan penyampai radio di stesen radio Sinar. Terbaru, meninjau di akaun Instagram radio Sinar, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Shiera memberikan satu ucapan selamat hari lahir kepada suaminya, Ijoy.
Menerusi video itu, Shiera meluahkan rasa syukur kerana sehingga ke hari ini, dia dan Ijoy masih hidup bersama bersama anak-anak mereka. Kata Shiera lagi, dia mahu memberitahu satu perkara yang sebelum ini dia tidak pernah memberitahu kepada Ijoy.
Seloroh Shiera, meminta Ijoy untuk pergi ke KWSP untuk menyemak wang yang terkumpul dalam akaun Ijoy dan meminta Ijoy untuk memberikan wang tersebut kepada dirinya. Mendengar apa yang dikatakan oleh Shiera, Falyq serta Hefny turut berdekah ketawa.

Usik Falyq meminta Sheira meluahkan rasa sayangnya kepada Ijoy. Namun begitu, Shiera menolak baik dan berkata hal tersebut tak perlu diwar-warkan kepada umum dan cukup sahaja dia serta Ijoy yang mengetahuinya. Sehingga kini, perkongsian ucapan Shiera ratusan komen setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, warganet turut memberikan ucapan selamat hari lahir kepada Ijoy dan terhibur mendengar ucapan Shiera. Antara komen tersebut adalah :
” Selamat hari lahir abang Ijoy.. Ssemoga bahagia selalu dan terus mendengar sinar ye.. Sorry kak Rara, memang kelakar dengar.. “
” Td sy dgr duk sdp minum air tsedak pasal KWSP.. Siot btol laa… Masa dgr sy tak byg ni sy tbyg both of them pakai bju mat despatch.. “
” Lawak dengar ucapan tokma tuk atok ijoy, hehe.. Happy birthday atok ijoy.. Semoga kekal hingga ke syurga ye tokma dan tuk ijoy.. “
Tak pernah tak kelakar lah Shiera ni, lain daripada yang lain ucapan yang diberikan oleh Shiera buat Ijoy. Komen warganet, ucapan Shiera itu membuatkan mereka turut merasa terhibur dan tidak menyangka apa yang dikatakan oleh Shiera.

Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak turut ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada Ijoy. Semoga Ijoy terus diberikan kesihatan yang baik, bahagia selalu bersama keluarga dan segala urusan sentiasa dipermudahkan. Untuk sekadar info, hasil perkongsian hidup bersama, Ijoy dan Shiera telah dikurniakan empat orang cahaya mata.

Silakan SHARE..
Sumber : IG sinar_my, shieraijoy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

