Artis / Selebriti
” Lagi dekat-dekat raya, pastu i boleh ambik lagi duit.. ” – Deydey
Video temubual anak-anak Sharifah Shahirah, Oddah bersama adiknya, Deydey buat ramai terhibur. Naik pening Shahirah dengar luahan anak-anak dia, haha..
Baru-baru ini, pengacara popular Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera telah diundang menjadi tetamu jemputan di rancangan MeleToP. Kehadiran Shiera kali ini tampil berbeza apabila dirinya turut ditemani dua orang anak perempuannya, Oddah dan Deydey.
Menerusi perkongsian yang ditayangkan, kehadiran Oddah dan Deydey jelas menambah keceriaan suasana. Gelagat mereka yang bersahaja serta hubungan rapat bersama ibu tersayang membuatkan ramai terhibur dan dapat merasai kehangatan sebuah keluarga yang penuh dengan kasih sayang.
Menerusi video tersebut, perkongsian Deydey mencuit hati apabila bercerita semakin hampir dengan sambutan Hari Raya, dia akan dapat mengumpul duit raya dengan lebih banyak. Kenyataan polos itu membuatkan ramai terhibur, apatah lagi apabila disampaikan dengan gaya yang santai dan jujur.

Tidak ketinggalan, Oddah pula berkongsi kisah lama mengenai janji ibunya yang akan menghadiahkan sebuah kereta sekiranya dia berjaya berpuasa penuh. Namun menurut Oddah, sehingga ke hari ini janji tersebut masih belum ditunaikan hingga mencetuskan gelak tawa di kalangan penonton.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang meninggalkan emoji ketawa dan memberikan pelbagai respon setelah menonton video ini. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Laaa aku ingat kan vdeo trobek time odah kecikkk.. Rupanya deydey lah.. Dah besar budak ni.. Sebiji oddah ler kecik2 dlu.. “
” Lah mula2 Ingat odah masa kecik.. Anak yang kecik ini besar nanti cantik macam mak Ijoy. Nenek nya Datin Marlia Arsard.. “
” Bagus ehh ank² shira.. No money no talk, hahaha.. Odah mana boleh puasa penuh… Aku ingatkan flashback meletop tahun bila sebab ingatkan budak kecik tu si odah lah.. “
Mendengar pendedahan itu, Shiera pantas membalas secara berseloroh dengan menyatakan bahawa janji tersebut tidak dapat ditunaikan kerana Oddah kini baru berusia 16 tahun. Jawapan spontan Shiera itu membuatkan suasana di studio semakin riuh dengan gelak ketawa, termasuk daripada Oddah dan Deydey sendiri.

Selain itu, ramai warganet turut meluahkan rasa terkejut melihat perubahan anak bongsu Shiera, Deydey yang kini sudah semakin membesar. Malah, ada yang menyangka rakaman tersebut adalah video lama dan tersilap menganggap Deydey sebagai Oddah kerana wajah mereka yang seiras.

Silakan SHARE..
Sumber : IG meletop
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti4 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti1 day ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

