Artis / Selebriti
” Yang paling lama dicium atuk tu lah pengubat rindu hati atuk pada anaknya.. ” – Komen Netizen
Video Raissuddin Hamzah Memeluk Cucu-Cucunya Buat Ramai Tersentuh. Part Raissuddin Peluk Anak Sulung Shuib Sepahtu, Uwais Al-Qarni Paling Sebak. Ada Yang Cakap Macam Merindukan Arwah Anaknya, Siti Sarah Raissuddin !!
Meninjau ke akaun Instagram Suciuwais, perkongsian sebuah video yang memaparkan Raisuddin Hamzah sedang memeluk seorang demi seorang cucu-cucunya telah meraih perhatian ramai. Sebagai seorang atok, pastinya Raisuddin merindui cucu-cucunya.
Namun apa yang mencuri perhatian ramai dan mengundang rasa sebak apabila tiba giliran anak sulung Shuib Sepahtu, Uwais Al-Qarni memeluk atuknya. Pelukan Raisuddin terhadap cucunya, Uwais begitu lama sekali seolah-olah Raisuddin merindukan anak perempuannya, Arwah Siti Sarah.
Uwais juga nampak begitu manja dengan atuknya dengan turut sama memeluk erat atuknya. Uwais sememangnya tinggal bersama atuknya sejak pemergian ibunya. Tambahan pula wajah Uwais yang begitu seiras dengan ibunya membuatkan ramai teringat akan Siti Sarah apabila melihat wajah Uwais.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 4 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Video ini turut mengundang rasa sebak para peminat yang juga merindukan arwah Siti Sarah yang sudah pergi meninggalkan semua hampir 3 tahun.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Sebakk plk tgok atuk peluk cium uwais.. Ramai dah cucu Roeh.. kita bersaudara n sekmpong tp , kita lama xjumpa, semoga awak bahagia… “
” Atok sihat selalu aamiin. Uwais cium ketiak atok lama² sbb tu yg dia rindu sgt. cintahati atok dia nie.. ayat maten aku dulu ea ko belakang.. “
” Mesti atok rindu kat anaknya.. jadilah uwais pengganti arwah siti sarah.. seiras sangat.. uwais pun dh sama tinggi atok.. “
” Time uwais saye pulak ikuk basah air mata ni. Al_fatihah buat arwah sitisarahraissuddin kemainn lama dia sedut bau atok dia.. nmpk sgt dia manja dgn atok dia.. “
” Elehhh…manjaaa atok syg ucuk2 uwais.. Alhamdulillah..lepas rinduu…yaa.. Tinggi uwais dah nak same atok how time flies.. “
” Yg paling lama di cium atuknya tu laa pengubat rindu hati atuk pada anaknya.. sebijik muka arwah ibunya uwais.. sebak pula.. “
” Amboi paling lama peluk atuk dia eh. Kalah cucu pompuan.. Uwais siap lap air mata kt abju atok tu.. cium ketiak atok ke.. “
Begitulah kasih sayang antara atok dan cucu-cucunya. Sentiasa akan berasa rindu. Kami di Berita Kopak mendoakan agar Raisuddin Hamzah sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan dan dapat melihat cucu-cucu membesar serta berjaya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Suciuwais
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

