Artis / Selebriti
” Yang lain tolong ke tepi, nak tengok Tiara je. Dia paling ambassador untuk Jakel.. ” – Komen Netizen
Video gelagat anak Achey Bocey, Tiara Zinnirah menari trend buat warganet terhibur. Amboi Tiara, bukan main ligat dia berjoget. macam-macam style. Terpelanting jauh Achey dan Anne bila ada Tiara. Memang terpaling Ambassador lah Tiara ni, hehe..
Impian permata hati Achey Bocey iaitu Tiara Zinnirah Nasir untuk melihat wajahnya terpampang di billboard menjadi kenyataan apabila dipilih menjadi duta Jakel untuk tahun 2026. Banyak telatah Tiara yang mencuit hati warganet ketika mereka sekeluarga membuat photoshoot baju raya.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Achey Bocey, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Tiara ketika shooting untuk kempen Jakel Pre Ramadhan Sales. Kata Achey, selalunya orang akan membuat content menggunakan lagu raya tetapi mereka cuba menampilkan kelainan untuk video ini.
Tambah Achey lagi, kelainan begini akan memeriahkan suasana. Menerusi video ini, Achey sekeluarga memakai busana raya sedondon berwarna purple keluaran Jakel. Tiara menari dengan begitu lincah dalam video tersebut dan ianya membuatkan Achey sendiri pelik bagaimana Tiara pandai menari.

Meninjau ruangan komen pula, ramai yang terhibur melihat telatah comel oleh Tiara itu. Semua mata tertumpu kepada Tiara kerana gaya random Tiara menari itu. Tiara sememangnya penghibur hati ramai dan digelarkan oleh warganet sebagai duta paling ceria.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun merekodkan lebih 3000 tanda suka sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Tak nak tengok 2 orang dekat belakang tu. tumpu pada Tiara sorang je haha. comel, cute je dia menari macam tu.. “
” Arghhhhhhh yg lain tolong ke tepi… saya nak tengok tiara je ye.. dia paling ambasadorrrrr utk jakeltextile tau… yang lain tak leh lawan.. “
” Achey Ann ke tepiii. Kami nak Tiara je haha.. nak beli lah baju ni sebab tiara menghiburkan hati kami.. tiara tak pernah tak menghiburkan.. “
” Ayah dan mak sila ke tepi. kitorang nak tengok anak je haha.. random sangat eh Tiara, ligat betul seketul Tiara ni.. comel sangat sangat.. “
” Hahaha Tiara ni lucu lah.. Tiara buat mak2 rasa baju ni tahan lasak untuk ank2 aktif di hari raya .bagus.. “
” Sapa kata yang chubby tak boleh menari dan bergaya kan tiara.. Tiara ni cute lah.. Kemain Tiara eh, dah lebih 5 kali ulang mata tetap tengok tiara je haha.. “
” Geram betul tengok Tiara menari macam tu.. kenapa comel sangat ni tiara.. adui lah budak dalam saji ni.. tiara hebat jadi diri sendiri.. anak bertuah Tiara.. Tiara paling Champs.. “

Ramai yang geram dan terhibur melihat gaya Tiara menari itu. Tiara duta kanak-kanak Jakel yang menceriakan suasana. Semoga Tiara menjadi anak yang hebat, berjaya dunia akhirat dan membanggakan Achey dan Anne apabila dewasa kelak.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Achey
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

