Artis / Selebriti
” Ya Allah tak boleh tengok video macam ni. Sedihnya.. ” – Komen Netizen
Video iklan lakonan Dato’ Seri Siti Nurhaliza dan Mak Salmah buat ramai tersentuh. Sedihnya tengok bila Tokti menangis macam tu. Sebak sangat, menusuk ke hati..
Biduanita negara yang juga merupakan penyanyi nombor 1 negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza tetap menjadi pilihan sebagai duta produk kesihatan, Appeton. Untuk iklan yang dilancarkan oleh syarikat ini, ianya turut menggandingkan DS Siti bersama ibunya, Mak Salmah.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Dato’ Seri Siti Nurhaliza, telah dikongsikan video penuh iklan tersebut. Menurut DS Siti, tema kempen kali ini mengenai luahan kasih sayang kepada ibu bapa. Ini juga kisah DS Siti dan Mak Salmah yang selalu dekat di hatinya.
Menerusi video perkongsian ini, ianya memaparkan kehidupan DS Siti sejak di bangku sekolah sehingga lah sekarang. Ianya realiti yang selalu terjadi dalam kehidupan, sikap anak yang selalu acuh tak acuh dengan perhatian yang diberikan oleh ibu bapa.

Kisah hidup DS Siti digarapkan dengan cukup baik dan ianya meruntun hati semua. Melihat DS Siti menangis sambil memeluk erat Mak Salmah membuatkan warganet turut sama menangis. Kisah yang memberi banyak pedoman dan pengajaran kepada semua.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 20 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Alahh tak nak ler nangis Tokti.. terharunya tengok walaupun sekadar iklan.. saya rindu arwah mak saya.. “
” Suruh la afiyah berlakon jadi mini siti.. Alah.. nangis. Soalan ni pun mak tersayang saya selalu tanya.. peluklah mak selagi ada mak di dunia.. “
” Ya Allah tak Boleh tengok video macam ni.. sedihnyaa… soalan yg selalu mak tanya pd kita kan.. rindu arwah mak.. “
” Tak pasal2 menangis aku Tengah2 hari ni. Rindu my mum. Al fateha mum. In Sha Allah kita jumpa lagi.. “
” MasyaAllah terharu iklannya. kan dah nangis huhu.. soalan yang mak selalu tanya. dah makan, dah solat.. ctdk you are always the best and always beautiful.. “
” Sedihnya ingat arwah mama.. menyentuh kalbu.. sedih iklan ni.. ape ni tokti buat kita sedih.. aduh dah lah jauh dengan mak ni.. “
Iklan yang membawa semua penonton merasai kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Walau dewasa mana pun kita, ibu tetap merasakan anaknya masih kecil. Sayangi lah ibu dan santuni lah mereka selagi mereka masih ada dan jangan sesekali melukai hati seorang ibu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ctdk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

