Artis / Selebriti
” Ya Allah sedihnya. Aku yang nangis tengok video ni.. ” – Komen Netizen
Video Amyza Aznan berkongsi cerita baju raya terakhir permintaan arwah anaknya, Andre Mikhail buat warganet tersentuh. Sempat juga Andre sarung baju raya. Sebak tengok Amyza menangis mengenangkan Syawal yang bakal menjelma tanpa Andre..
Sudah hampir 2 minggu sejak pemergian anak sulung Amyza Aznan, Andre Mikhail dikongsikan di media sosial. Kata orang, hilang anak umpama hilang separuh nyawa untuk sang ibu dan itu lah yang dirasai oleh Amyza setelah Andre pergi untuk selama-lamanya.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Mstar Online dan Youtube Channel Mstar, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Amyza berkongsi cerita mengenai permintaan baju raya terakhir daripada Andre. Kata Amyza, tahun ini cukup berbeza dengan tahun sebelum ini.
Jika kebiasaannya mereka mencari baju raya beberapa hari sebelum raya, tahun ini Amyza membeli beberapa pasang baju raya awal demi memenuhi permintaan Andre. Arwah meminta baju raya berwarna kuning untuk dipakai pada hari raya pertama.

Amyza tidak dapat menahan air mata ketika memberitahu Andre sempat memakai baju Melayu permintaannya itu. Sekarang, Amyza sendiri tidak mengetahui sama ada mereka sekeluarga akan memakai baju itu di pagi Syawal nanti kerana rasa sedih itu masih menebal dalam hati mereka.
Jom tonton video di bawah (tonton video penuh di hujung artikel) :
@mstarmalaysia Arwah sempat sarung baju raya kuning, Amyza Aznan sebak imbau momen terakhir #sembangentertainment #mStar #beritatiktok #amyzaaznan
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Ya Allah sedihnya… aku yang nangis tengok video ni.. saya faham perasaan kak amyza Sebb Saya pun baru kehilangan seorang anak.. “
” Sedih la dgr tpi rasa mcm arwah tu dh tahu dia nk pergi jdi bila dh prepare baju raya awaiii ia mcm kenangan terakhir untuk kak amyza dan sekeluarga. moga tabah ye kak .. kak amyza ibu yg kuat.. “
” Takpa kak. Baju Simpan dulu buat kenangan. Hilang anak ibarat hilang separuh dari jiwa. Hati ni rasa pecah bila hilang dia.. “
” Aku nangis weiii…. aku dh la tgh sedih skrg nie.. tgk pulk vdeo ni.. Dah nak raya ni mesti sedih and tak rasa nak raya.. semoga sentiasa kuat amiin.. “
” Aku pulak yang sebak.. kekuatan dan kelemahan seorang ibu datangnya dari anak2.. semoga Allah kuatkan semangat Amyza utk kehidupan di hari mendatang… aamiin.. “
” Sya tk layak nk mintk kak sabar..sya hanya doa supaya akak di beri kekuatan.sya seorang ibu dan sya dpt rasakan bertanpa sakit kehilangan ank.. “
” Amyza ni sgt kuat, byk yg disinpan. Moga Allah mudahkan segala urusan Amyza sekeluarga.. memang sedih lagi lagi tak lama lagi nak raya.. hilang anak hilang separuh nyawa.. “

Tiada apa yang dapat menggambarkan betapa pilunya hati seorang ibu. Kedatangan Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi pasti lebih menyedihkan untuk Amyza. Apa-apa pun, semoga Amyza diberikan kekuatan untuk terus mengharungi waktu sukar ini.
Tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Mstar Online, Youtube Channel Mstar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

