Artis / Selebriti
” Weh ni ape benda kereta api keluar tiba-tiba ni, kereta api tu kenapa.. ” – Zul Ariffin
 
																								
												
												
											Video gelagat Zul Ariffin ketika pertama kali membuat live di TikTok buat ramai terhibur. Part yang Zul dapat gifts kereta api dan mata berapi tu lawak. Mula-mula tak tahu, last-last seronok pulak Zul, haha..
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuatnaik di akaun TikTok yang memaparkan pelakon Zul Ariffin yang memakai pakaian seorang dukun berpewatakkan yang melucukan meniru trend Kateyki. Video tersebut telah tular dan mengundang tawa ramai.
Meninjau di akaun TikTok milik zul.ily, telah dikongsikan video Zul pertama kali membuat live di TikTok. Menerusi video itu, kelihatan Zul sedang berada di dalam sebuah kereta di Pulau Pinang untuk mempromosikan filem lakonannya iaitu Don Dukun.
Namun, telatah Zul yang pertama kali membuat live mencuit hati ramai. Kata Zul, dia tidak pandai membuat live di TikTok dan Zul telah meminta pertolongan daripada orang lain untuk mengajarnya cara untuk membuat live. Masih banyak tentang live yang Zul tidak ketahui lagi.

Ketika Zul sedang berborak, dia terkejut melihat kereta api sedang bergerak keluar di skrin dan bertanya mengenai kereta api tersebut kepada umum. Selain kereta api, Zul menerima banyak gifts daripada para peminatnya dan sesekali Zul ketawa kerana terhibur melihat pelbagai bentuk emoji gifts yang ada pada wajahnya.
Tonton video di bawah ini (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@zul.ily cannot la AHAHAHHA FIRST TIME LIVE AUTO SEMUA JDI BENGONG 🤣🤣🤣🤣 . GUYS , KORANG KENA TGK DON DUKUN SUMPAH BEST GILA !!! 😍💯💯 , I DH TGK MMG ♾️/1000 GABUNGAN @Zul Ariffin DENGAN ROPIE ⭐⭐⭐🤍🤍🤍 ( esok i nk repeat tgkk 😝😝😝 ) @ZAFC #zulariffin #zulariffinfc #zafc #zulariffinvideo #zulariffinsupporters #zulariffinedit #zulariffinlover #fypシ #xyzbca #fyp #xyzbcafypシ #movie #dondukun #ropiececupak
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dan pelbagai respon diberikan warganet selepas melihat telatah Zul ketika live. Antara komen-komen menarik adalah :
” Boleh tahan pekat gak arrr loghat utara dia.. Lepas Fattah mungkin zul Ariffin yang kedua dapt 1 juta like pula, hahahahaa.. “
” Sejak ZA jadi Sheriff boleh pulak aku yang lelaki ni pun minat lakonan dia, haha.. Dia dah tak jadi anak megah holding ni but oeh tahan dia belakon.. “
” Pakcik2 baru main tiktok.. Hensem dan lawak.. Dah rosak hero aku ni.. Jgn bagi dia live dgn Sharnaaz tak tahu mana satu nanti, haha.. “
” Dulu aku tak suka mat pin ni, tapi sejak dia rosak, aku sukaaaaa diaaaaa. Taktau pasai pa. Tapi suka la, hahaha.. Tengok muka dia ja dah rasa nk tergelak.. “
” Join gak live ZA ni,kelakar weiii, yg kuban2 mamat ni, seronok plak lyan even 1st time live.. Suka dia gelak tu, kta pn ikut gelak.. “
” Kawan tu bru nak blh bljaq buat live. Tak besa2 buat live kawan nak buat lah.. Skli hampa msuk sama naik ngan Fattah buat live woooo, haha.. “
” Keta api tu kenapa.. Makin menjadi lawak Zul nii.. Aku yang masuk live dia tadi pun dah separuh nyawa gelak HAHAHAHAHAHA.. “
Gelagat Zul ketika mendapat gift mata berapi mencuit hati ramai. Seloroh para peminat, selepas ini mungkin Zul akan menjadi orang kedua mendapat like 1 juta ketika live seperti Fattah Amin sebelum ini kerana ramai yang meminati Zul.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok zul.ily, IG zul_ariffin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti22 hours ago Artis / Selebriti22 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
