Artis / Selebriti
” Wah rumah baru la, cool rumah dia ada macam-macam area.. ” – Netizen
Kongsi Video Aktiviti Bersama Keluarga Di Hari Pertama Tahun Baru, Rekaan Dalaman Rumah Hairul Azreen Jadi Tumpuan Peminat. Wah Bezanya Nampak, Mewah Betul !!
Menerusi akaun Instagram Hairul Azreen, telah dikongsikan video yang memaparkan aktiviti yang dilakukan Hairul bersama keluarga pada hari pertama di tahun 2021. Dalam video ini, ditunjukkan gelagat anak sulungnya, Yusuf Iskandar yang sedang membentangkan sejadah di ruangan solat.
Nampak teliti sahaja Yusuf untuk memastikan sejadah disusun dengan elok dan sempurna. Selain itu juga, Hairul turut menunjukkan ayahnya, Idris sedang bermain permainan dart. Mereka sekeluarga turut meraikan hari lahir salah seorang ahli keluarga dan membuat jamuan.
Jika anda pengikut setia Hairul dan Hanis, tentunya sering melihat persekitaran dalaman rumah mereka yang nampak teratur dan kemas. Hairul juga sebelum ini pernah bercerita dan menunjukkan keadaan rumah mereka sebelum dan selepas dibuat rekaan dalaman oleh Hanis sendiri.

Hanis sememangnya mempunyai bakat dalam rekaan dalaman dan turut berkongsi di Instagramnya sebelum ini rekaan untuk bilik mandi yang dipilihnya. Posting terdahulu Hairul juga ada dipaparkan gambarnya bersama Hanis, Yusuf, Alisa dan Bujibu diruang tamu yang nampak berbeza suasana dan latar belakangnya.
Jom tonton video di bawah :
Video Hairul ini menampakkan sebahagian rumahnya dan ini menarik perhatian peminat. Nampak berbeza designnya dari sebelum ini dan antara komen-komen peminat :
” Cantiknya rumah, macam rumah baru je ni. Hanis memang pandai interior design untuk rumah. Cozy and exclusive sentiasa.. “
” Masya Allah semoga Yusuf menjadi anak yg soleh… Bijak dan baik anak ini.. Good boy Yusuf, very responsible boy.. “
” Cantiknya rumah baru ke tu. Lain je dengan sebelum ni, siap ada sudut khas lagi, untung ler Hairul ada wife teror interior design ni.. “
” Please house tour, cantiknya tengok interior design tu. Kalau ters1lap bal1ng dart tu, boc0r montot hehe.. “
” Cantiknya rumah, new house la ni. Pandai train anak, bijak Yusuf moga jadi anak soleh Yusuf. Baik macam daddy dia juga.. “
” Wah rumah baru la, cool rumah dia ada macam-macam area. Cantik je design semua sudut pun nampak mewah gitu.. Ni Jibu mesti dapat 1 bilik , hahaha.. “
” Rumah baru ke dato hairul, tak pernah tengok. Please buat tour, besaq dan cantik sangat ni. Semakin murah rezeki Hairul.. “
Memang nampak ekslusif betul rumah Hairul dan Hanis ini. Ruangan riadahnya pun simple sahaja namun banyak alatan yang tersedia untuk bersukan. Sejuk dan tenang mata memandang rekaan dalaman rumah Hairul ini. Apa pun, semoga Hairul sentiasa success dalam apa jua lapangan dan mencipta lebih banyak kejayaan di masa hadapan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hairul Azreen, IG Hanis Zalikha
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

