Artis / Selebriti
” Tengok YB pegang Ayden tu touching sangat, so caring.. ” – Komen Netizen
Hairul Azreen kongsi video YB Syed Saddiq sedang melatih anak sulung Bella Astillah, Ayden Adrean membuat latihan renang. Terkejut YB tiba-tiba kena terjah dengah Hairul. Sweet cara YB layan Ayden, dah macam ayah dengan anak..
Meninjau di akaun TikTok milik pelakon Hairul Azreen, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Hairul sedang menjalani aktiviti scuba diving di sebuah kolam renang. Namun, apa yang mencuit hati ialah ketika berada di dalam kolam, Hairul sempat merakam telatah YB Syed Saddiq yang turut berada di situ.
Menerusi video tersebut, bukan YB Saddiq sahaja yang ada, malah kelihatan bersama beliau ialah anak sulung Bella Astillah, Ayden Adrean. YB Saddiq dilihat sedang melatih Ayden berenang ketika itu, sementara Hairul pula sempat menegur dan berbual dengan YB Saddiq.
Perkongsian video ini telah mencuri perhatian para peminat YB Syed Saddiq dan Bella Astillah. Ramai yang memuji kesungguhan serta kelembutan YB Saddiq ketika melatih Ayden. KOmen warganet, melihat cara layanan YB Saddiq terhadap Ayden seperti seorang bapa yang melayani anaknya sendiri.

Sehingga kini, perkongsian video oleh Hairul itu telah ditonton lebih 50 ribu kali dan menerima ribuan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis. Kelakar sungguh reaksi YB Saddiq yang terkejut apabila telatahnya bersama Ayden dirakam.
Tonton video di bawah ini :
@hairul_azreen88 Menyelam mencari YB @Syed Saddiq
Di ruangan komen, rata-rata warganet menyukai perkongsian video ini dan pelbagai reaksi turut diberikan. Antara komen-komen menarik adalah:
” Tengok YB pegang Ayden tu touching sangat, so caring.. Yb busy jaga anak sulong untuk ironkid langkawi next week.. “
” Ajar anak yaaa.. Papa training dengan anak.. Mama masak sedap2 di rumah tunggu anak beranak balik makan, hehe.. “
” Dulu Yb training sorang2.. Sekarang da ada peneman.. Life changing after meet Bella n family.. Semakin berwarna warni.. “
” Terima kasih YB ajar Ayden perkara2 yang baik.. Bermanfaat.. Semoga Ayden jadi anak yang bijak yer sayang… So happy tengok video ni.. “
” Sekarang ada junior training.. Sharing ilmu bersama.. Alhamdulillah.. Contoh terbaik.. Nak maknya, kena ambil naak juga.. Lurve sangat kasih sayang mereka.. “
” Good luck untuk YB n Ayden dalam pertandingan Iron Man n Iron Kid minggu depan.. Tak sabar kita nak tengok nanti.. “
” Hero in Bella heart.. Nampak YB boleh jadi seorang ayah yang sangat penyayang.. Tengok lah cra dia care Ayden tu.. “
Difahamkan, latihan yang dijalankan oleh YB Syed Saddiq dan Ayden tersebut adalah sebagai persediaan untuk menyertai Ironman Malaysia, Ironman 70.3, serta Iron Kids Langkawi 2025 yang akan berlangsung tidak lama lagi. Apa-apa pun, selamat maju jaya buat YB Syed Saddiq dan Ayden, semoga mereka beroleh kejayaan nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok hairul_azreen88
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

