Artis / Selebriti
” Wah dah boleh buat album sendiri, sedap telinga mendengar.. ” – Netizen
 
																								
												
												
											Video Amyra Rosli Dan Amar Baharin Menyanyi Lagu Pandang Pandang, Jeling Jeling Cur1 Perhatian Warganet. Wah Sedapnya Dengar Suara Amyra, Lenggok Tu Lunak Betul. Siap Bertukar Nama Jadi SM Salmar Dan Siti Nuramira Ni, Haha !!
Meninjau akaun Instagram Amyra Rosli, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Amyra bersama suaminya, Amar Baharin menyanyi bersama di majlis pernikahan adik Amyra, Naqiuddin. Kata Amyra, namanya tiba-tiba sahaja dipanggil untuk menghiburkan tetamu yang hadir.
Tambah Amyra lagi, ketar lutut apabila mengejut kena menyanyi seperti ini. Namun demi adik tersayang, Amyra tetap memberikan persembahan yang terbaik. Memilih lagu dendangan asal Tan Sri Dato’ S.M Salim dan Dato’ Seri Siti Nurhaliza berjudul Pandang Pandang Jeling Jeling, persembahan pasangan ini meraih pujian ramai.
Sedap dan merdu suara Amyra menyanyi lagu ini. Amar juga tidak kurang hebatnya dan paduan suara mereka sedap didengar. Menyanyi santai dan tidak ada rehearsal pun sudah kedengaran sedap, ramai yang terhibur dan menyukai melihat persembahan Amyra dan Amar.

Untuk makluman bagi yang belum tahu, Amyra dan Amar pernah menyumbangkan suara mereka untuk OST drama Cinta Di Langit Cardiff berjudul Kisah Cinta Kita yang mana mereka juga berlakon sebagai watak utama dalam drama itu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 27 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Alolo comel laa.. Ewah ewah why 2 2 ni yang macam pengantin baru hehe. Tetap comel tak nampak tua pun dorang ni.. ”
” Wow tak sangka ada bakat menyanyi.. Cantik lah couple ni. Nyanyi pun ok. Boleh masuk masked singer.. ”
” Sedapnya suara Amyra Rosli.. dua dua lah suara sedap husband and wife ni.. Amar patut kayuh laju, nafas tinggi.. ”
” Pewitt cantiknya suara dua-dua.. lembut dan sopan je Myra.. Sama cantik, sama padah.. Seperti Pinang di bel4h dua.. ”
” Wahh dah boleh buat album sendiri sedap telinga mendengar.. love nya suara Myra, merdu.. boleh masuk masked singer.. ”
” Eeehhh sedap la suara Mira.. jarang-jarang dapat dengar Mira menyanyi macam ni. ketar lutut pun suara maintain lunak.. ”
” Best couple ever.. sedap nya dengar suara Mira dengan Amar ni.. kena panggil tiba-tiba pun dah sedap macam ni.. kalau training awal mesti lagi mendayu-dayu.. ”
Terhibur warganet mendengar nyanyian Amyra dan Amar ini. Tanpa latihan pun tetap sedap didengar. SM Salmar dan Siti Nuramira pun boleh lah Amyra. Apa-apa pun, tahniah atas kehadiran ahli keluarga baru dan selamat pengantin baru untuk adik Amira.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Amyra Rosli
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti18 hours ago Artis / Selebriti18 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
