Artis / Selebriti
” Untungnya beli tiket Hael dapat pakej DS Siti Nurhaliza… ” – Komen Netizen
Video DS Siti Nurhaliza buat kejutan tiba-tiba muncul ketika Hael Husaini baru nak mula menyanyi lagu Anta Permana raih sorakan ramai. Wah, betul-betul kejutan istimewa ni. Hael sampai melompat-lompat kat belakang, hehe..
Semalam telah berlangsungnya konsert sulung Hael Husaini and The Repertoire yang penuh meriah di Zepp Kuala Lumpur. Konsert tersebut berlangsung selama dua jam setengah itu menghimpunkan karya terbaik ciptaan Hael atau nama sebenarnya Hal Husaini Razmi.
Ia juga menjadi konsert istimewa yang mengimbau perjalanan kerjaya sepanjang 11 tahun bergelar anak seni. Paling mencuri tumpuan pada konsert tersebut adalah kemunculan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang membuat kejutan dengan mendendangkan lagu hit ciptaan Hael sendiri, Anta Permana.
Penonton yang hadir tidak berhenti bersorak apabila DS Siti tampil di atas pentas menggamatkan suasana sekaligus menjadikan malam tersebut suatu yang cukup istimewa. DS Siti mengenakan pakaian yang cukup cantik berwarna merah menyerlahkan lagi keayuannya.

Perkongsian video di Instagram Mstaronline ini telah menerima lebih tiga ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. DS Siti sanggup meluangkan masa seketika untuk memberi sokongan kepada Hael dalam konsert tersebut.
Jom tonton video di bawah :
Rata-rata peminat begitu gembira melihat kemunculan DS Siti. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Cantik baju tokti.. sentiasa sopan.. Sedapnya arrangement ni! Mmg tema warna merah ke??Tadi NabilaRazali pun colour merah.. “
” Merdu amat xtau nk habaq mcam mna dh.. Tersenyum i tengok hael. Comel je hael melompat. Kita yg senyum smp ke telinga bila tokti masuk.. “
” Hahaha suka sangat hael sampai lompat2 kt blkg .. Untungnya Beli ticket Hael dapat package DS Siti NURHALIZA… “
” Hael kita nampak awak telompat2 kt blakang tu eh.. dress tokti ala2 design dress cikepal06 .. mendoniaaaa.. drummer padu abad ni.. “
” Ringan betul suara.. dah la ringan..rase berterbangan diawanan .. sampai lupa ada lagu tokti yang hael buatkan .. best.a.. “
” Hael artis yg tak turun naik ambik awards sahaja. Produk banyak yg berkualiti. Berkelas dari segi performance dan pembawakan diri.. “
” Lurve sngt Tokti.. sentiasa support rakan artis, x lokek nk sumbangkan suara time konsert, nk share stage, and always x menghampakan fans.. Love Love Love sangat Our Biduanita Negara.. “
Secara keseluruhan, lebih 20 lagu dipersembahkan Hael termasuk lagu Jampi. Dengan vokal Hael yang mantap dan persembahan penuh emosi, Hael berjaya mencipta momen istimewa yang akan diingati oleh peminatnya untuk tempoh yang lama.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Mstar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

