Artis / Selebriti
” Boleh pula osom-osom ye, siap dah belajar sebelum jumpa Tokti. Masuk air judika ni, hehe.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Sri Siti Nurhaliza bermain Osom dengan Judika ketika di awal Konsert Journey of Sound buat ramai terhibur. Masuk air juga Judika ni rupanya, gelak besar Tokti dibuatnya..
Malam semalam peminat-peminat biduanita negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan juga penyanyi terkenal dari negara seberang, Judika berpuas hati dapat menyaksikan persembahan hebat dua figura kesayangan ramai ini di Konsert Journey of Sound Dato’ Sri Siti Nurhaliza & Judika.
Menerusi akaun Instagram sinar_my, video moment ketika di awal konsert telah dikongsikan. Pada ketika ini DS Siti dan Judika berbual mengenai giliran siapa yang akan menyanyi terlebih dahulu. Masing-masing mengatakan yang mereka ingin menyanyi awal.
Sempat Judika berseloroh mengatakan jika DS Siti menyanyi awal, penonton akan pulang awal dan tidak menyaksikan dirinya menyanyi. Jadi DS SIti mencadangkan untuk bermain osom untuk menentukan giliran nyanyian pada malam itu.

Seloroh Judika lagi, dia biasa menang kerana namanya ada perkataan Judi di hadapan. Tetapi bukan judi duit yang dimaksudkan oleh Judika. Tergelak DS Siti mendengarnya. Akhirnya Judika betul-betul menang dan akan memulakan nyanyian terlebih dahulu.
Jom tonton video di bawah :
Kebanyakan warganet memberikan emoji ketawa dan juga love. Antara komen yang dapat kami kongsikan adalah :
” Boleh pula osom-osom ye, siap dah belajar sebelum jumpa Tokti. Masuk air judika ni, hehe.. ”
Pastinya ini hanya lakonan yang dirancang oleh DS Siti dan Judika. Ini kerana mereka sudah membuat rehearsal terlebih dahulu sebelum konsert bermula. Jadi, sudah tentu giliran nyanyian telah ditetapkan awal-awal lagi. Apa-apa pun, ianya begitu menghiburkan penonton yang hadir.

Tahniah diucapkan kepada DS Siti dan Judika serta team yang terlibat kerana dapat menyatukan seramai 28 ribu penonton yang hadir ke Stadium Merdeka untuk menyaksikan persembahan yang hebat yang dijanjikan oleh mereka. Pastinya sangat berbaloi untuk penonton yang datang ke sana.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sinar My, Tiktok Sinar My
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

