Artis / Selebriti
” Umairah menangis di tepi pentas.. ” – Siti Nur Sairah Tarudin
Video Ummi Umairah menangis melihat adiknya, Amad menyanyi di atas pentas buat ramai yang tersentuh. Sebaknya dengar suara Amad menyanyi lagu Menjaga Jodoh Orang Lain. Amad menyanyi dengan hati, penuh penghayatan. Buka mulut je, terus rasa goosebumps..
Selepas kejayaan anak pertama Siti Sairah Tarudin iaitu Umairah, kini anak keduanya pula Amad berjinak-jinak dalam industri seni. Amad bermula menyanyi di pentas sekolahnya dan kini Amad salah satu nama penyanyi pelapis yang menjadi sebutan ramai. Banyak video nyanyian Amad yang disukai oleh warganet.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Siti Nursairah Tarudin dan shahbullah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan persembahan Amad bersama talent di bawah XO House. Untuk event ini, Amad berduet bersama Iman Troye mendendangkan lagu popular Ara Johari berjudul Menjaga Jodoh Orang Lain.
Kelihatan menerusi video ini, Umairah turut menemani Amad di bawah pentas. Ketika Amad naik ke pentas dan mula menyanyi, semua bersorak mendengar suara Amad. Vokal Amad tidak dapat dinafikan lagi lunak dan merdu. Komen warganet, Amad mempunyai aura sama seperti ibu saudaranya, DS Siti Nurhaliza.

Nyanyian yang penuh dengan emosi, lontaran suara Amad mengundang sebak warganet. Umairah sendiri tidak dapat menahan sebak melihat nyanyian adiknya itu. Airmata bangga seorang kakak kerana adiknya sudah terbang sejauh ini, mampu sebaris dengan penyanyi-penyanyi hebat yang lain.
Jom tonton video di bawah :
@sitinursairahtarudin_new @umairahofficial_ Menangis di tepi pentas…
♬ bunyi asal – sitinursairahtarudin_new – sitinursairahtarudin_new
@shahbullah_ Menjaga Jodoh Orang Lain by @imantroye & @AMAD #schoolofgalau #imantroye #xohouse #schoolofgalau #menjagajodohorang
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 12 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :
” Amad ni macam tokti dia, buka mulut je sedap.. Amad sebut sia sia 1st word dah menusuk ke hati.. nyanyi guna hati dashyat ni.. “
” Masha Allah Amad, fly high. Hati kakak mana yang tak sebak tengok adik dia dah berdiri dengan kaki sendiri macam ni.. “
” Tahniah Amad… saya doakan Semoga kamu berjaya & membuat ayahmu EpulPantera dan keluarga kamu bangga. Terus menjadi versi sebaik mungkin dan rendah hati selalu. Syabas Amad.. “
” Amad je penyanyi yang boleh teruskan legasi Tokti. Trust me. Kecik² dah faham apa itu nyanyian.. bakal superstar Malaysia.. “
” Nyanyi dengan hati, good job Amad.. stay humble, jaga tingkahlaku Amad boleh terbang lagi tinggi.. try cover lagu KORBAN PERCERAIAN .. lagu ni kalau dia nyanyi mungkin boleh buat orang nanges.. “
” Kakak dia kagum dengan adik dia, berbakat macam kakak juga Amad ni.. Amad punya vokal memang perghhhh.. aunty yang nangis sekali.. “
” Bagusnya Amad, sopan santun dan beradab macam tokti.. Sampai ke Sabah ni terasa sebaknya tu.. tak payah banyak efforts, buka mulut je terus goosebumps. confirmed, same DNA.. “
Suara Amad itu bukan hanya membuatkan Umai menangis tetapi juga warganet yang menonton video ini. Ada sesuatu dalam suara Amad yang mengusik jiwa pendengar. Semoga Amad terus berusaha dan melangkah maju ke hadapan untuk menjadi penyanyi yang hebat.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Sitinursairahtarudin_new, Tiktok shahbullah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

