Artis / Selebriti
” Tok Ram paling senang dan tak pernah mengecewakan, haha.. ” – Netizen
 
																								
												
												
											Video Telatah Roy Azman, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Ramli M.S dan Jatt Ali Membuat Boomerang Trend Buat Ramai Terhibur. Tok Ram Tu Dah Macam Tengah Main Drum Lah Pulak. Muka Garang, Sporting Rupanya Tokram Ni !!
Bagi yang suka mengikuti rancangan Travel Lawak Projek Bapak-Bapak, pasti ramai yang seronok melihat gandingan Roy Azman bersama Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Ramli M.S dan Jatt Ali. Telatah mereka saling menyakat antara satu sama lain sangat mencuit hati.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Roy, telah dikongsikan video yang memaparkan empat sekawan ini berada di Dubai dan sedang melakukan shooting untuk rancangan tersebut bagi musim ke 3. Menerusi video itu, mereka sedang berada di padang pasir.
Kacak dan bergaya masing-masing mengenakan jubah berwarna putih serta memakai kain serban. Tulis Roy di ruang kapsyen, mereka diminta untuk melakukan Boomerang Trend. Namun apa yang mencuit hati adalah gaya Tok Ram yang dikatakan paling senang.

Sekali lagi perkongsian ini mengundang tawa warganet. Ada peminat berseloroh mengatakan melihat gaya Tok Ram sudah seperti sedang music conductor. Selain itu, menerusi posting yang lain pula, Roy memuatnaik video yang memaparkan beberapa gambar mereka posing di padang pasir.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai komen diberikan warganet dan rata-ratanya terhibur menonton video tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :
” Tok Ram paling senang dan tak pernah mengecewakan, haha.. Tengok Tok Ram dah macam tengah jadi music conductor tu.. “
” Ni comfimred berempat lagi cari unta unta yg hilang.. Kesian nya Abg Roy lagi cari lampu ajaib ke.. Hehehehhe kelakar tgk.. “
” Cam biasa Pak Roy mesti extra.. Tok Ram plk tak main peranan.. Tok Jalal dengan Jat pasrah je.. Hahhaaa.. Semua tgk sekali pandang dah mcm Pak Arab.. “
” Tok J paling lucu ehh, macam menukul aje eh.. Tengok Tok Ram pula kuat berzikir hahahaha busy benaunyer.. Kalau tak kelakar memang tak sah lah korang.. “
” Hahahaha kemain bapak2. Tak sabarrr tunggu season baru yey.. Mesti lagi lucu lagi best kan. Buat dekat Dubai pula tu.. Wuu bestnya.. “
” Adoi geng bapak2 memang kelakar sangat.. Tak sabar nak tengok.. Dah lama bosan ni tak tengok projek bapak2, huhuhu.. “
” Hahahahahaha Tok Rammmmmmm, kenapa kelakar sangat.. Saya 3 branak memg suke tngk cita ni.. Tak sabar tnggu next episode.. “
Bak kata warganet gaya Tok Ram memang tak pernah mengecewakan, walaupun dia hanya membuat gaya simple sudah kelihatan mencuit hati. Apa-apa pun sama-sama nantikan untuk menonton Travel Lawak Projek Bapak-Bapak musim ke 3 nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG thisisroyazman
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti1 day ago Artis / Selebriti1 day ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen 


 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
