Artis / Selebriti
” Tinggi adab budaknya, bagi balik apa yang dihadiahkan.. ” – Netizen
Video Ajak Shiro Bersama Peminat Cilik Ketika Di Bazaar Ramadhan Buat Ramai Tersentuh. Eh, Sekali Pandang Macam Anak Ajak, Nada. Comel Betul Gelagat Adik Ni, Ikut Je Ke Mana Ajak Pergi. Part Adik Ni Bagi Bagi Hadiah Kat Ajak Tu Touching Sungguh !!
Meninjau ke akaun Instagram Ajak Shiro, perkongsian sebuah video yang memaparkan Ajak berada di bazaar Ramadhan telah meraih perhatian ramai. Apabila seorang artis berada di tempat awam, pastinya akan menjadi tumpuan ramai orang.
Tanpa disangka Ajak mempunyai seorang peminat cilik yang mengikuti sahaja ke mana Ajak pergi. Jika dilihat dari jauh ramai menyangkakan budak tersebut merupakan anak perempuan Ajak yang bernama Nada kerana nampak seiras sangat dengan Nada.
Menyedari kehadiran budak tersebut, Ajak sempat lagi memberi sedikit duit belanja kepada budak itu. Tetapi sebaliknya yang berlaku kerana budak tersebut telah membelikan buah naga untuk Ajak dan meminta seseorang menyerahkan kepada Ajak.

Perkongsian video ini telah menerima lebih sepuluh ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ramai yang memuji sikap Ajak yang mudah didekati dan melayan baik peminatnya termasuk di kalangan kanak-kanak.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang menyangkakan budak tersebut merupakan Nada. Antara komen-komen yang diberikan :
” Heran apsal ajak x peluk..rupanya bkn nada.. comel pminat kecik ni ikhlas ajak.. Pandai nak ngorat pakcik tu ye.. Sempat berselisih dgn adik nie masa parking moto.. “
” Terbaik bang. Jangan salah hantar sekolah anak ye. Figura seorang abah yg mudah didekati.. mesti anak tu senyum sorg² kayuh beskat.. “
” Laa mati2 ingat Nada tadi.. suka artis mcm ni.. bgus layan anak2. Hahaha…sweet lah dia.. nada is watching.. Orang yg hatinya Baik,ramai org suka.. “
” Baba ni mesti rindu nada taw . Sebab budak tu pun lebih kurang nada ,tembam2 haha.. Subhanallah..nada..ayah dh ada nada baru.. “
” Siapa mak ayh dia. Tggi adab bdknya. Bg balik ape yg dihadiahkn.. Laa saya shaking happy smpai keluar airmata.. “
” Ya saya jumpa dia di masjid Jamiul Badawi. Betul la mcm rupa Nada.. Laaaaaaaa…. ingat nada… ghupe tu ada sipi²… tp nada tatap di hati kan … “
” Suka cara ajakshiro santuni org kmpung.. dia tktaw makcik2 dok viral muka dia dlm semua grup wassap termsuklah dlm grup fmily aku..hahaha.. “
Bagus sangat sikap anak ini kerana dalam menerima sedekah, tetapi dia bersedekah semula. Bertuah buat anak ini kerana bertemu dengan Ajak dan pastinya ia akan menjadi memori yang tidak dapat dilupakan buat dirinya dan juga Ajak.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ajak Shiro
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman



