Artis / Selebriti
” Kita nak menangis, tapi he make us laugh. Cerianya dia, walaupun tak sihat.. ” – Komen Netizen
Video Ajak Shiro dan Fad Bocey pergi menziarahi pelakon veteran, Sathiya yang kini sedang sakit. Happy sungguh Sathiya bila Ajak dan Fad datang. Siap boleh menyanyi lagi walaupun tengah tak sihat, sebak tengok..
Meninjau di akaun Instagram milik radio Suria, telah dikongsikan satu video dan beberapa gambar yang memaparkan penyampai radio, Ajak Shiro dan Fad Bocey telah pergi menziarahi pelakon veteran iaitu Sathiya yang sangat popular dengan lakonannya menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu.
Menerusi video itu, kelihatan Ajak dan Fad ada membawa barangan keperluan dapur buat Sathiya keluarga. Difahamkan sekarang, Sathiya dalam keadaan tidak sihat akibat jangkitan kuman serta telah pun menjalani pembedahan. Kehadiran Ajak serta Fad disambut oleh Sathiya dengan penuh senyuman.
Ketika mereka sedang berborak, Sathiya ada berkongsi keadaan kesihatannya sekarang sambil menunjuk sebelah kakinya yang sedang berbalut. Bukan itu sahaja, Ajak dan Fad mengimbau kenangan saat bersama Sathiya ketika mereka bersama-sama di program Maharaja Lawak Mega dahulu.

Ketika pertemuan tersebut, Sathiya kelihatan sangat ceria meskipun dirinya dalam keadaan masih tidak sihat. Ajak dan Fad turut menyampaikan sedikit sumbangan wang ringgit kepada Sathiya untuk meringankan bebannya. Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan menitipkan doa agar kesihatan Sathiya kembali sihat seperti sediakala. Antara komen-komen warganet adalah :
” Moga unclel sathia sentiasa sehat, terima kasih selalu mengembirakan kami satu masa dahulu…. U lagend uncel.. “
” Kita nak nangis, tp he make us laugh.. Cerianya dia walaupun tengah sakit. Semoga uncle cpt sembuh n dapat masuk tv balik.. “
” Semoga abg Sathiya sihat and menghiburkan kita semua dgn lawak² & karya beliau.. Rindu dengan Pi Mai Pi Mai Tang Tu.. “
” Muka dia mmg nampak muda lah, maintain je macam tu.. Moga uncle Sathiya sihat2.. Ajak buat tiktok lah.. Mst happy2 je live.. “
” Pi mai pi mai tang tu, aku membesar dgn rancangan tu siot. Uncle Sathiya.. Moga cepat sembuh uncle.. Rancangan kesukaan bapak aku ni.. “
” Sudah tukar ka… Tagline paling popular… Moga sentiasa sihat uncle Sathiya.. Saya memang suka lakonan uncle dlu2.. “
” Terima kasih Baby face…pernah buat kitorang ketawa dan gembira. Semoga terus diberi kesihatan yang baik dan berpanjangan. Aamiin yra.. “
Menonton perkongsian video ini juga membuatkan warganet mengimbau kenangan mereka ketika menonton lakonan Sathiya sebagai watak Ravi dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Apa-apa pun, semoga Sathiya kembali sembuh seperti sediakala dan segala urusannya dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG suriamalaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

