Artis / Selebriti
” Tidaklah semudah itu apa yang saya buat, siapa nak kahwin tapi tak bahagia.. ” – Siti Khalizah
Video isteri Fikry Ibrahim, Siti Khalizah Alihan menjawab soalan netizen mengenai isu fail penceraian ketika sedang live. Ini penjelasan Khalizah dan apa yang sebenarnya yang terjadi..
Sekitar pada bulan Jun yang lalu, warganet dikejutkan dengan berita isteri kepada pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim iaitu Siti Khalizah Alihan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan bagi sebutan pertama perceraiannya bersama Fikry.
Namun Fikry pula menafikan berita itu dan menegaskan isterinya ke mahkamah untuk menarik balik semula permohonan cerai tersebut. Alasan yang dimaklumkan oleh peguam Khalizah pada waktu itu adalah tiada persefahaman lagi antara Khalizah dan Fikry.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Hibglam dan Kosmo Online, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan live Khalizah. Ada satu komen daripada viewer yang menarik perhatian Khalizah pada waktu itu berkenaan isi cerai semata-mata untuk content dan marketing.

Kata Khalizah, ianya tidak benar kerana apa yang terjadi semuanya ujian daripada Allah untuk mereka suami isteri. Tambah Khalizah lagi, dia tidak menuding jari kepada sesiapa kerana dirinya juga tidak sempurna dan mungkin ada silap dari pihaknya juga sehingga tercetusnya tindakan menfailkan penceraian itu.
Jom tonton video di bawah :
Khalizah juga mengatakan apa sahaja yang terjadi dalam rumahtangganya bersama Fikry, hanya dia dan Fikry yang tahu dan tidak perlu untuk mereka bercerita kepada umum. Untuk masa sekarang, pasangan ini sedang berusaha untuk memperbaiki hubungan mereka ke arah yang lebih baik.

Asam garam rumahtangga, ada masanya pasti terjadi perselisihan faham, apatah lagi untuk pasangan yang baru berkahwin. Apa-apa pun, sama-sama kita doakan agar rumahtangga Khalizah dan Fikry ini berkekalan sampai ke akhir hayat dan hidup dengan aman damai selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Hibglam, IG Fikry Ibrahim, IG Khalizah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

