Artis / Selebriti
” Tiada maaf bagi mu Haikal. Nasib tadi tak baling remote, haha.. ” – Azah Aziz
Video permohonan maaf terbuka oleh Hisyam Hamid yang memegang watak sebagai Haikal dalam drama Andai Tiada Dia buat ramai geram. Alamak, kesiannya Haikal. Ramai marah sangat dengan Haikal walaupun dia dah janji nak jaga Suri..
Drama Andai Tiada Dia mendapat sambutan hangat dan ramai yang menjadi geram dengan watak ‘Haikal’ yang dilakonkan oleh pelakon Hisyam Hamid. Haikal telah menduakan isterinya iaitu Suri (lakonan Ummi Nazeera) dan menjalinkan hubungan sulit bersama adik iparnya sendiri, Intan (lakonan Mimi Lana).
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Bambam Studios, telah dikongsikan video yang memaparkan Hisyam membuat permohonan maaf terbuka. Menerusi video itu, permohanan maaf yang dilakukan oleh Hisyam adalah sebagai Haikal.
Haikal memohon orang ramai untuk memberikan peluang kedua untuk dirinya kembali ke jalan benar. Bahkan, Haikal juga berjanji akan membahagiakan Suri jika Suri sudi menerimanya kembali dan tidak lagi membuat perangai yang menyakitkan hati orang ramai.

Perkongsian video tersebut telah menjadi perhatian warganet. Ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati dan geram dengan watak Haikal. Ada yang berseloroh mengatakan menonton lakonan Haikal membuatkan mereka mahu saja mencampak remote ke televisyen. Sehingga kini, video perkongsian Hisyam itu telah menerima ribuan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya memberikan pelbagai respon setelah mendengar permohonan maaf oleh Haikal. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Tiada maaf bagi mu Haikal. Nasib tadi tak baling remote, haha.. ” – Azah Aziz
” Diam ah kau.. Lau ni bercakap menyakitkan hatii.. Kami tak maw Haikal dgn Suri.. Kami nak Falah dgn Suri.. “
” Ahhhh sudah lah kau Haikal.. Hantar dia balik rumah mak dia.. Sikit lagi nak baling remote ke tv td Haikall.. Nasib aku pikir tv mahal je, haha.. “
” Bencilah aku ngan ko ni Haikal.. Suri tu terpaksa sebab Luqman.. Ko saboooo , Suri pon ada agenda dia . Emo lah aku.. Ishhhh gerammmnyaaaa.. “
” Ko tutup jelaa mulut kau ni, busuk. EEEEE GERAMNYA AKU. SIKIT LAGI NAK PECAH SCREEN TV. psycho betul part last tu. ko tunggu haikal, aku santet kau nanti .. “
” Aku harap suri akan kenakan kau cukup2… Ko ingat dia tak berdendam.. Ko sabar jap Haikal.. Kami nak Falah, tak ko.. “
” Haikal nampak tong sampah tak ? Klu nmpk sila ko masuk dlm tu, sekian.. Acah2 suci yer kau ni.. Menyampah pula aku tengok.. “
” Sudah laa Haikal . Kitorg semua team Falah.. Duk diam2 sana dengan Intan tu . Nak sgt kan.. Pastu tak nak pula, nak Suri pula.. Lempang kan baru tahu.. “
Nampaknya warganet marah sangat dengan Haikal sehingga permohanan maaf terbuka oleh Haikal itu tidak diterima. Apa-apa pun, tahniah Hisyam kerana berjaya membawa watak Haikal dalam drama Andai Dia Tiada sehingga terkesan di hati penonton. Semoga terus maju jaya dalam bidang lakonan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG bambam_studios
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

