Artis / Selebriti
” Kita buli adik kita, Fattah Amin malam tadi kat set, haha.. ” – Erma Fatima
Video Fattah Amin mengalunkan lagu kumpulan Dendang Anak, La Maujud Illallah Laa Illaha Illallah. Alunan tasbih yang mengasyikkan, sampai ke hati. Kena paksa menyanyi dengan Erma Fatima pun sedap suara Fattah. Erma siap bagi warning lagi, haha..
Fattah Amin kini sibuk dengan penggambaran drama bersiri Bidaah yang akan ditayangkan di Viu. Drama arahan Erma Fatima ini semestinya bakal menjadi perhatian dan ditunggu ramai kerana adanya penampilan Fattah sebagai watak penting. Erma sudah beberapa kali berkerjasama bersama Fattah sebelum ini.
Meninjau entry di akaun Instagram Thefa_team dan Tiktok Erma Fatima, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Fattah menyanyi bersama kumpulan Dendang Anak. Sekian lama Erma berhasrat untuk membawa masuk Dendang Anak dalam dramanya, kali ini hasrat Erma tercapai.
Menerusi video perkongsian ini, kelihatan Erma dan Fattah sedang duduk bersilabersama ahli kumpulan ini sambil memegang gendang. Fattah disuruh oleh Erma untuk menyanyikan salah satu lagu dendangan kumpulan Dendang Anak ini iaitu La Maujud Illallah Laa Illaha Illallah.

Muziknya agak kuat tetapi suara Fattah masih boleh didengar. Menyanyi secara spontan dan tanpa latihan pun tetap sedap suara Fattah. Ramai yang menyukai suara Fattah menyanyikan lagu genre sebegini. Erma turut memberikan amaran supaya tiada ada yang mengecam setelah menonton video ini.
Jom tonton video di bawah :
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Ya Allah sedap lemak berkrim disukai ramai.. Terbaik suara Fattah.. menusuk kalbu.. suara dan muzik seimbang.. “
” Tasbih La Ilaha Illallah .. sedap yakmat suara Fattah ni, merdu.. Terbaik mokcun ermafatima for choosing fatah. Mokcun terbaik,terperihatin dan choosing right person.. “
” Allahhuakbar.. .. Laillallahhailllah.. berani Fattah rebut gendang tu, sekali kena paksa menyanyi haha.. tapi suara fattah best dengar.. “
” Alhamdulillah, Fattah dengan dendang anak.. terima kasih kak erma.. comel je fattah kena paksa nyanyi.. “
” Sedap suara Fatah lunak bergema alhamdulillah sebab nama Allah selalu.allah mendegar segala doa Fatah Inshallah Amin.. “
” Lama tak dengar lagu ni.. lagu kumpulan dendang anak.. Terbaik Fatah sedap suara merdu sekali.. “
” Merdu suara Fattah ni.. dia pernah join team nasyid, jadi tone tu ada lenggok nasyid.. serba boleh Fattah ni.. mendamaikan dengar pujian pujian pada Allah macam ni.. “
Alunan tasbih yang mengasyikkan apatah lagi ianya kena dengan tone suara Fattah. Mendayu-dayu dan menusuk ke hati sambil mengingati kebesaran Allah. Semoga Fattah terus success dalam kerjayanya dan dikurniakan rezeki yang halal dan melimpah ruah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Thefa_team, Tiktok & IG Erma Fatima
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

