Artis / Selebriti
” Terkejut aku, ee kau ni Kak Lina. Nak marah ke nak nyanyi ni Kepom, haha.. ” – Komen Netizen
Video team MeleTOP meraikan birthday Kak Lina raih perhatian ramai. Lain macam betul lagu birthday yang Kak Lina menyanyi ni, lain daripada yang lain. Mujur tak melompat Nabil dan Namie. Lawak lah Kepom ni, haha..
Elly Mazlein atau lebih mesra dengan sapaan Kak Lina Pom Pom sememangnya seorang yang selalu ceria dan penuh bertenaga. Kak Lina kini muncul dalam drama siri popular, SMK Musim 5 di Astro Ceria yang bersiaran setiap hari Isnin pada jam 9 malam.
Menerusi perkongsian di Youtube MeleTOP, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan Kak Lina dan beberapa orang pelakon lain hadir ke set MeleTOP bagi mempromosikan drama terbaru mereka ini. Kak Lina tampil dengan memakai baju sekolah.
Telatah Kak Lina tidak pernah tidak kelakar dan ada sahaja jenakan spontannya yang membuat semua berdekah ketawa. Memandangkan hari lahir Kak Lina baru sahaja berlalu, team MeleTOP juga tidak lupa untuk meraikan bintang kesayangan ramai ini.

Lain daripada yang lain, itu yang dapat dikatakan untuk lagu birthday yang dinyanyikan oleh Kak Lina. Ketawa besar Nabil dan Namie dengan telatah Kak Lina. Seronok juga lagu birthday begini, feel nya terasa lain. Nabil pun sekepala dengan Kak Lina, lagi riuh jadinya.
Jom tonton video di bawah (tonton video lagu birthday di hujung artikel) :
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Siaplah banyak yg tiru gaya Kak Lina Pompom haha.. She is the best trendsetter.. New version Lagu birthday nie pasti viral.. “
” Elok org tu sambut birthday, dgar lagu mcamni trus kena heart attack haha. artis yang paling aku suka.. sempoi.. “
” First time dia nyanyi lagu birthday mcm ni utk Zul Ariffin masa Kilauan Emas ritu. Hahaha random betul kak lina.. “
” Ada ada je gelagat Lina Pom Pom ni.. ulang ulang tengok pun tak jemu.. nak marah ke nak nyanyi ni kepom haha.. “
” Boleh buat soundtrack ni.. kau ni Lina aku yang terkejuz .. melawak btul kau ni.. nyanyi lagu ni utk atuk.. confirm lepas tu bergegas kena anta masuk ICU. kekdah ‘lagu birthday lemah jantung’ punya pasai.. “
” Aduh kak lina pompom.. adoi mau sakit jantung kalau atok atok haha.. Berkahak kahak lina pompom nyanyi haha.. “
” Nilah jadinya kalau mic kat tangan kak lina haha. terkejut aku, ee kau ni kak lina.. masuk air betul.. boleh dah nk guna sound lagu birthday kak lina ni.. “

Kehadiran Kak Lina pasti akan membuatkan suasana bertukar menjadi ceria, seceria tuannya. Lagu birthday yang boleh melemahkan jantung ni Kak Lina. Apa-apa pun, terhibur semua di set MeleTOP melihat telatah Kak Lina. Moga Kak Lina terus dimurahkan rezeki dan success selalu dalam kerjaya.
Tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : Youtube MeleTOP, Tiktok Anistaqwa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti4 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

