Artis / Selebriti
” Terkedu aku dengar ayat Ammar ni, nervous kot.. ” – Komen Netizen
Video Ammar Ahyan menemuramah dua wanita tentang beg tangan keluaran terbaru buat ramai netizen terhibur. Alamak, lain macam betul Ammar punya penjodoh bilangan untuk orang dan beg. Terkejut dengar, haha..
Anak kepada usahawan Dato’ Seri Aliff Syukri, Ammar Ahyan sekali lagi mencuit hati netizen apabila video terbaharunya ketika menemuramah dua orang wanita ketika pelancaran beg tangan baru keluaran mereka telah membuatkan ramai terhibur.
Ini kerana Ammar melakukan kesilapan menggunakan penjodoh bilangan. Menerusi video temubual santai yang dilakukan di sebuah pusat beli-belah, Ammar meminta dua wanita tersebut berkongsi pandangan mereka mengenai beg tangan edisi terbaru mereka.
Namun, apa yang menarik perhatian ramai bukanlah isi temubual itu, tetapi caranya memperkenalkan tetamu di mana Ammar menyatakan dua ‘ biji’ wanita dan dua ‘keping’ beg. Erm, adakah Ammar sengaja berbuat demikian atau benar-benar keliru ?

Mungkin juga Ammar berasa nervous membuatkan dia tersasul. Maklumlah ini merupakan kali pertama Ammar melakukan temuramah. Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat Ammar. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Allahu Rabbi…kdg2 kelakar,kdg2 kesian…serius la Amar…nanti Amar kena Betulkan yg Biasa,Biasakan yg betul…tauuu Amar.. “
” 2 biji wanita, 2 keping beg. Amar org yg Jujur dan Lurus…Amar Remaja yg Baik…Good Luck Amar… Nak sangat ammar interview org.. “
” Kesian amar tak pandai nak interview orang tapi terpaksa .. Adoiii amayan.. penjodoh bilangan dia main hentam je dgn muka selamba.. “
” Ini baru permulaan. Menjadi yang terbaik itu adalah sebuah proses. Hahahaha Amayan! Aku Ulang banyak kali tu jugak aku berdekeh adoiii. Haha.. “
” Adoii… Terkedu aku dengar ayat ammar ni.. x pa amayan janji level konfiden tahap gaban dik….2 bijik org 2keping bag… “
” 2 biji org Ammayan layak masuk maharaja lawak brgabung dgn encik Nabil .. Amayan nervous kot…tu yg jd 2 biji org,2 keeping beg.. “
” Aku rasa amayan ni nervous kot , keping lah biji lah encik lah . Aduhh ammar terhibur hakak tgk ..muka tetap serius walaupun ” 2 biji perempuan, 2 keping bag” bole la dikk.. “
Walaupun tersilap dari sudut bahasa, video ini menunjukkan Ammar tetap cuba melakukan yang terbaik ketika menemuramah. Kadangkala, daripada kesilapan kecil seperti ini akan menjadi satu semangat besar untuk terus belajar dan berkembang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Dherbholdings
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

