Artis / Selebriti
” Tengok muka Amira macam 1st time kan marah Fattah ni.. ” – Bell Ngasri
Video Bell Ngasri merakamkan moment Fattah Amin dan Amira Othman sedang bergaduh raih perhatian ramai. First time tengok Amira marah Fattah macam ni. Tapi sempat lagi Bell Ngasri buat lawak, haha..
Meninjau ke akaun Instagram Bell Ngasri, perkongsian sebuah video yang memaparkan Bell bersama Fattah Amin dan Amira Othman berada di sebuah restoran di Istanbul telah meraih perhatian ramai. Bell berkongsi satu babak yang jarang dilihat apabila Amira memarahi Fattah.
Pastinya ramai peminat berasa cemas jika benar mereka bergaduh tetapi pastinya ia merupakan satu babak dalam filem yang kini sedang mereka menjalani pengambaran sekarang di Istanbul. Pelbagai reaksi yang diberikan oleh netizen di ruangan komen.
Dalam keadaan tegang, Bell sempat lagi membuat lawak. Dalam keadaan sebegini pun Bell tetap tidak boleh serius. Ada sahaja perkara kelakar yang dilakukan oleh Bell termasuk kapsyen pada posting ini. Ketika baca pun tetap rasa hendak ketawa.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Rasanya ramai peminat Fattah dan Amira tidak sabar untuk menantikan tayangan filem ini yang turut dilakonkan bersama Bell dan Nora Danish.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen pelbgai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Amira ckp apa tuuu mrh betul.ke drama tuu.. kalau mcm nie punya marah, confirm tak takut.. Cara elak dri bayar bill.. buat² gaduh yg tinggal kena bayar.. “
” Tak bersin ke bang pakai topi tu.. Ingatkan khabib nurmagomedov tadi.. jangan gaduh² la bang long kak long.. Xleh la ngn muka abg.. from serious jadi klako.. “
” Hmmm kan best klu mira ni jdi lec. Confirm xtakut assignment tak siap. Hahaha. Marahnya cm gitu je. skrg sape yg byr bill tuuu hahaha.. “
” Disebabkan bell lambat abiskan makanan. Amira dan fattah begado punca bell.. mira marah bukan macamtu lepas marah jangan buat muka omey .. “
” Amira marah tetap cantik.. Kami baru balik dr istanbul.. time kt sana abg zul arifin pon kt sana tk terserempak aje.. nora danish satu flight ngan kami .. klu tk boleh jmp bell.. “
” Muke AO Comelll bila marah tuh..ke merajuk .. confuse ni..tp comellll. scene yg order taknak bawang tapi dapat bawang tu ye.. “
” Stress btl muke nye punn tgk org gaduh..gaduh pun sweet acanerr tu.. Sumpah tak takut mira marah cemtu ke dia marah marah.. “
Semoga hubungan Fattah Amin dan Amira Othman terus dipelihara dengan kasih sayang, kepercayaan dan doa yang tidak pernah putus. Moga ikatan yang terjalin ini berkekalan hingga ke akhir hayat, menjadi sumber inspirasi buat ramai tentang erti cinta yang matang dan penuh keberkatan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Bell Ngasri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

