Artis / Selebriti
” Tengku Hassanal dah macho, sekali Tuanku usik.. ” – Netizen
 
																								
												
												
											Video Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Mengusik Anakandanya, Tengku Hassanal Buat Ramai Terhibur. Ingatkan Tuanku Cuit Tengku Hassanal Sebab Apa. Sempat Lagi Tuanku Bergurau, Hehe !!
Meninjau ke satu akaun Instagram Inaijari, perkongsian sebuah video yang memaparkan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengusik anakandanya, Tengku Hassanal telah membuatkan ramai terhibur.
Video tersebut dirakamkan ketika keluarga Diraja ini duduk di atas pentas di dalam satu majlis. Tengku Hassanal kelihatan segak berbaju Melayu serta bersamping kuning dan duduk seperti seorang pengantin.
Melihatkan gaya duduk Tengku Hassanal, Tuanku menegur dan mengusik gaya Tengku Hassanal sambil menunjukkan cara untuk duduk. Dapat dilihat Tuanku sebenarnya perasan dan sedar yang dirinya sedang dirakamkan.

Perkongsian ini telah menerima lebih 3 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Tuanku Permaisuri juga dilihat tersenyum melihat gelagat dua anak beranak ini. Pasangan Diraja ini sememangnya gemar bergurau.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah ;
” As a father, a husband, our King.. Daulat Tuanku.. You always express in action and action does speak louder than words Thank you for being there for us in so many ways these past 5 years.. “
” Mmg bekas agung ni nakal btl suka mengusik nakal dan humble…sekejap jer saya rasa dah 5 thn.. Dlm hati tuanku. Bole tahan anakda ni… Mcm raja juga.. “
” Dalam hati hensem macam ayah ye.. haha tengok byk kali cute.. Hihihi.. tuanku perasan samping anakandanya tak kemas.. nmpk plak orang rakam tu .. “
” Macam pengantin bersanding pulak. .hehe.. dlm hati, muda2 dlu, aku hensem mcm mu jugak.. ihihi. comel le.. comel mereka.. “
” Comel aja tengok Ayahanda Dan anakda bergurau senda so cute… jangan mcm tu anakanda malu org tengok.. Masih tak boleh move on la ..rindu tuanku.. “
” Tengku hassanal dah macho, sekali tuanku usik.. Comell laa Tuanku Tengku Hassanal pun binggung apa yang Tuanku buat dlm tgh2 serious tu.. “
” Comel je dua beranak nie… mesti bapak dia ingat dia masih budak2 lagi.. Tengku ni orang nya pemalu dan manja kami rindu keluarga Tuanku sedih rasa hati ini semoga di lindungi Allah SWT.. “
Tuanku sudah pun menamatkan khidmatnya sebagai YDPA pada 30 Januari lepas. Pastinya ramai rakyat akan merindui keluarga Diraja ini yang sangat mesra rakyat dan begitu merendah diri. Keluarga Diraja ini sudah pun berangkat ke Pahang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG InaiJari
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti2 days ago Artis / Selebriti2 days ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen 



 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
