Connect with us

Artis / Selebriti

” Takde orang nak bergaduh dan tak berbaik dengan mak sendiri.. ” – Marissa Dania Hakim

Respon balas Marissa Dania Hakim selepas luahan hati Abby Abadi tular curi perhatian warganet. Ini yang terjadi di pihak Marissa yang ramai tak tahu..

Tiada ibu yang mahu dipinggirkan oleh anak kandungnya sendiri. Begitu juga bagi si anak, tidak mahu ada salah faham dengan si ibu sehinggakan boleh meretakkan dan merenggang hubungan anak dan ibu. Namun ada kalanya segala yang terjadi di luar kawalan dan tidak seperti yang dirancang.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Ohmymedia, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan respon anak Abby Abadi, Marissa Dania Hakim mengenai isu dirinya meminggirkan Abby. Ianya bermula apabila majlis sambutan hari lahir Marissa diadakan dan kelibat Abby tidak kelihatan.

Ianya menimbulkan banyak spekulasi di kalangan warganet, lebih-lebih lagi setelah membaca luahan hati Abby. Marissa memilih untuk tidak membalas apa-apa sahaja isu di media sosial kerana dia menghormati mamanya itu. Ada yang mengatakan Marissa mempunyai masalah mental dan perlu merujuk kepada psikiatri.

Marissa menjelaskan kejadian sebenar setelah dia pulang dari mahkamah sehingga lah kejadian sambutan hari lahirnya. Marissa turut memberitahu dia menangis kerana mamanya tiada ada ketika majlis berlangsung. Marissa juga menyuarakan rasa terkilannya kerana hal kad jemputan diperbesarkan.

Jom baca perkongsian di bawah :

Perkongsian ini telah pun meraih perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan adalah :

” Sorry..jemput mak dtg bday pun guna invitation..kenapa tak type je sendiri..mama nanti datang ye bday party adik..mama kena dtg tau..adik nak mama ada..ni tak,pakai invitation yg semua org dpt..pelik je tengok.. “

” Seorang anak perempuan perlukan kasih syg yg cukup dari seorang ayah agar dia tak kejar kasih sayang org luar yg x sepatutnya..saya xsalahkan norman sepenuhnya tapi wajar norman betulkan semuanya yg dia dh lukai.sebab tanggungjawab lelaki itu sgtlah besar.. saya percaya masing masing dah terima pengajaran tetapi itulah hati manusia terluka yg sembuh tapi tetap berparut.. “

” Rasanya hal family dia biarla dia settlekan baik2 netizen tak perlu tambah api.. Rasanya kita² ini orang luar atau sebagai peminat should just stay neutral coz kena dengar both sides of story.. “

” Rasanya cukup la abby tu meluah rasa melepas apa yg terbuku di hati,jgn lah di andai yg bukan² pd marissa ni. Kesian dia,hal yg lepas² pun dia msih nak kena hadap dgn cara dia. Tolong lah whi netizen mlysia jadi lah rasional dlm bereaksi trhadap mslh/cerita org lain. Selebriti/artis itu juga manusia biasa mcm kita org kebanyakan ni.. “

” Marissa dh 21 dia dh independent, to what i see abby to sensitive,apa anknya buat smua salah, all must be about her, but you tk fikir ank baru divorce, Marissa also need space, let marissa live in her own way. As mother kita doa yg terbaik.. “

” Your mom dah terlalu byk terluka bec of your dad. Your mom choose to berbaik with your dad n mom tiri bec of you adik beradik. Jadi, apapun utamakan lah mak. Jgn sampai mak nampak u lebihkan yg sana.. “

” Kkdg perlu sosmed utk bungkar nya sesuatu… Bak kta pepatah org klo tk thantuk tk kn mngadah… Bla dh trjatuh bru nak trsa sakit… Klo smua diamkn btahun org kkdg tk kn tahu apa yg ada dsebalik Batu.. “

Penjelasan oleh Marissa yang mungkin boleh menjawab teka teki warganet mengenai isunya dan Abby. Apa-apa jua yang terjadi, semoga ada jalan penyelesaian untuk Marissa dan Abby. Sama-sama kita mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ohmymedia, IG Marissa Dania Hakim

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Cosmoderm

Trending

Copyright © Berita Kopak

🔥 Berita Terkait Lainnya:
🎬 Hiburan: Hiburan💻 Teknologi: Teknologi⚽ Olahraga: OlahragaPendidikan🏥 Kesehatan: Kesehatan💰 Ekonomi: Ekonomi🏛️ Politik: Politik📰 Berita
📡 Auto-updated • ⚡ Fast indexing • 🚀 SEO optimized