Artis / Selebriti
” Tak sangka Rayyan ni kelakar sangat orangnya. Mommy dan adik kat belakang ketawa tak berhenti tengok Rayyan menari.. ” – Komen Netizen
 
																								
												
												
											Video anak sulung Rita Rudaini, Rayyan menari dan menyanyi ketika sedang live buat ramai terhibur. Amboi bukan main rancak lagi Rayyan buat tarian lagu Tamil. Part Rayyan menyanyi lagu yang reka sendiri tu kelakar. Dengan mummy dan adik sekali menyanyi sama, haha..
Meninjau di akaun TikTok milik ayuuariffin84, telah dikongsikan video yang memaparkan pelakon Rita Rudaini live bersama anak-anaknya, Airit Rayyan Rizqi dan Airit Qaqa Arjuna. Menerusi video itu, Rita sedang mempromosikan jualan produk terbarunya.
Telatah Rayyan yang turut membantu ibunya untuk menjual produk mencuit hati ramai. Rayyan telah menghiburkan warganet yang menonton live tersebut dengan menari tarian lagu Tamil. Bukan itu sahaja, Rayyan juga menari lagu dangdut Goyang Dumang.
Menerusi video terakhir yang dikongsikan, Rayyan mencipta sebuah lagu untuk mempromosikan produk Rita. Rayyan turut meminta ibu dan adiknya menyanyi bersama dengannya. Perkongsian video-video tersebut telah menarik perhatian warganet.

Ada yang mengatakan tidak menyangka yang Rayyan seorang yang kelakar dan periang memandangkan sebelum ini menerusi video yang dikongsikan oleh Rita, Rayyan kelihatan seperti malu-malu dan pendiam. Sehingga kini, video-video Rayyan menari telah menerima ratusan komen setakat artikel ini ditulis.
Jom tonton video di bawah (Klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@ayuuariffin84 Acik terhibur tengok rayyan menari tadi 😆.Anak soleh @ritrud727 #fyp #ritarudaini #artist #rayyan
@ayuuariffin84 Replying to @cahayapenglipur87 bukan ryan je lawak,Juna pun sama jugak.Ikot menari😆😆 .Permata hati @ritrud727 #fyp #ritarudaini #artist #rayyan #zubirkhan #yennodemacha
@ayuuariffin84 Replying to @nik_anna69.banyak lagu dia menari semalam.Hilang ngantuk acik dik malam tadi.Anak bertuah @ritrud727 #fyp #ritarudaini #artist #rayyan
@ayuuariffin84 Replying to @naa_abdullah pandai dah ryan dan juna niaga dengan mommy @ritrud727 #fyp #ritarudaini #artist #rayyan
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur menonton telatah Rayyan ketika menari. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Mommy pun gelak kat belakang tengok Rayyan, kelakar betul, haha.. Rayyan ni dh lh pandai, soleh, skrg ni lawak pulak, cukup pakej, haha.. “
” Skrg masa Rita menuai hasil selepas membesarkan anak2 sendirian beberapa tahun. Semoga ALLAH berkati Rita & anak2… ”
” Mak dia dan adik tak habis ketawa chayo2 nak.. Ank sulung yg sungguh bertanggungjawab, buang segala negative barries demi support business ibu nya. Syabas Rita.. “
” Boleh anjur senam robik ni.. Coach Rayyan.. Hahahhaa tak sangka kelakar betul lah Rayyan ni.. Ingatkan pemalu orangnya, haha.. “
” Semalam ak lyn live dia lgu goyang dumang kot..hrini dh tkr deepavali dh, haha.. Dia sanggup buat apa saja untuk mummy dia.. “
” Hahahaha tak ku sangka begini kamu ye nak, hahaha naik sheikhhhhh hahahah mommy adik gelak kat belakang.. Acik tengok pun berdekah Rayyan oii.. “
” Haha Arjuna malu, haha.. Ingatkan Rayyan ni malu jugak. Rupanya aktif bebenor.. Biasa tgk video2.. Nk senyum pon susah.. Ehh hyper rupanya.. “
Tidak kering gusi ketawa warganet dibuatnya melihat Rayyan menari. Apa-apa pun, pujian harus diberikan kepada Rayyan dan Arjuna kerana rajin membantu ibu mereka mencari rezeki. Diam tak diam, sudah besar anak-anak teruna Rita ini. Semoga Rayyan dan Arjuna terus membesar menjadi anak yang baik untuk Rita.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok ayuuariffin84
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti17 hours ago Artis / Selebriti17 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti6 days ago Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman 
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
