Connect with us

Artis / Selebriti

” Tak boleh suap-suap macam tu. Kak Ina tak tegur ke ? Kak Ina tegur.. ” – Ina Naim

Video Ina Naim memberikan teguran kepada Hadie gara-gara risaukan Hadie bersama Oddah. Panjang Ina bebel kali ni, panas telinga Hadie dengar. Part luahan hati Ina dapat DM dan dikecam warganet tu sedih dengar, kesian Ina.. 

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Kidsshop_4, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan Ina Naim membebel panjang kepada anak sulungnya Hadie Elfardie sejurus sahaja Hadie sampai dari Kuala Lumpur. Bagi yang mengikuti live Hadie pasti mengetahui sebelum pulang menaiki bas pada jam 3 pagi, Hadie menumpang di rumah Oddah bersama Zal.

Ina menyuarakan kerisauannya kepada Hadie kerana sebagai seorang ibu dia cukup risau sekiranya terjadi sesuatu yang di luar jangkaan lebih-lebih lagi kerana anaknya bersama seorang rakan perempuan. Kerisauan ini itu normal bagi seorang ibu dan ramai kaum ibu yang menyokong bebelan Ina itu.

Menerusi perkongsian di akaun Yuzu pula, satu video sedutan live Ina dikongsikan. Ina meluahkan rasa sedihnya apabila ramai yang menghantar DM mengecam kerana Ina menegur Hadie ketika live. Kata Ina, itu adalah tanggungjawabnya selepas arwah Suhaimi Saad tiada.

Ramai mempersoalkan tindakan Hadie yang dikatakan seperti culture shock dan adegan menyuap Oddah makan dan minum. Dengan tegas, Ina memberitahu Ina sering menegur Hadie, namun di mata warganet sentiasa Ina dipersalahkan. Hadie sudah besar dan tahu untuk fikir menggunakan akal fikirannya, namun Ina akan selalu memantau anaknya ini.

Jom tonton video di bawah :

@kidsshop_4 Rupanya Ina Suhaimi pun macam kita geng mak mak sape tak risau kan anak walau anak laki, mommy pun selalu bebel kat anak sama je kita 😂 #tiktokmalaysia #inasuhaimi #viralvideo #adi #trio ♬ original sound – mommy sue

@kidsshop_4

Replying to @zai230960 ibu dan anak baik 🤲 Untuk mommy Ina Naim dah buat terbaik buat anak anak , yang lain kita sebagai ibu hanya mampu berdoa 🤲 #trio #adi #viralvideo #inasuhaimi #tiktokmalaysia

♬ suara asli – Rangga sanjaya

@yuzu.ch3rry

DENGAR & HADAM ☝🏻 p/s: netizen pls jangan lebih lebih. yang sampai dm kak ina bgtau kenapa nasihatkan anak dlm live..kenapa anak mcm tu kenapa macam ni… Kalau nak nasihat korang dm hadie terus. kak ina sebagai ibu dia dah tegur & nasihat. tak perlulah asyik nak dm mengadu itu ini🫰🏻. hmm sedih tau tgk live tadi😔 untuk kak @INA SUHAIMI semoga terus kuat ya 🤍 untuk hadie, ‘moga tak diuji asyik cinta duniawi..’ #fyp #inanaim

♬ Kias Cinta – Suhaimi

Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Semua mak akan fikir mcm tu, abang…. risau kdg sampai fikir yg bukan2… bagus Ina bagi peringatan direct gini.. bibit2 awal dah jadi.. kena pegang2 tolak2 duduk rapat2 pun hadie tak daya nak elak.. “

” Apa ina kata tu betul. Hadie kena ingat dan terima teguran ibu. semua mak mak macam Ina termasuk aku.. “

” Aku suka ya bila Ina ingatkan anak dia camni. Walau anak nya ckp dia takkan buat yg bukan2 tp tanggungjwb mak dia utk ingatkan dia. Alhamdulillah dan tahniah Ina.. “

” Ibu yang penyayang dan bertanggungjawab. Respect ina naim… ibu yg baik .. risau ank2 lelaki dia.. Doa ibu sampai ke syurga.. Memang susah jage anak yg meningkat remaja.. semoga adi pandai jage diri.. klu boleh jauhkn diri dr org yg boleh dtgkn fitnah.. kesian ibu.. “

” Serius bagus sgt nasihat ina naim ni.. slalu kes camni ank pompuan je yg kne.. tp ina ni nasihat ank laki dia dlu.. jarang berlaku zaman skarang.. trus nmpk ‘mahal n quality’ keluarga ni.. “

” Hadi kena faham antara kecam dgn teguran.. Org tegur sbb syg awak.. Bermakna Allah msh lg bg perhatian kat awak.. Ramai yang nampak hadie macam culture shock.. tu ramai yang risau sebab hadie ni anak soleh.. “

” Hadi anak yg baik.. pandai pujuk ibu, cium ibu lepas ibu membebel.. Ina ibu yg baik.. mak2 mmg macam tu.. risaukan anak walaupun anak dah besar panjang.. bukannya kerana marah, bukannya kerana benci tapi kerana terlalu menyayangi.. “

” Terima teguran dgn penerimaan yg positive, semoga terpelihara dari fitnah.. InsyaAllah Hadie akan sedar dari kesilapan. Sebenarnya ramai yg syg Hadie, sebab tu dia orang sgt tersentak jika ada sesuatu yg tidak menyenangkan. InsyaAllah Hadie akan jadi anak yg soleh.. ” 

Ina sudah menjalankan tugasnya sebagai ibu dengan sebaik yang boleh. Untuk pada netizen yang cakna dengan tindak tanduk Hadie, sama-sama kata mendoakan semoga Hadie tidak diuji asyik cinta duniawi dan tidak ada lagi isu sebegini yang akan timbul lagi. Ina seorang ibu yang baik dan Hadie juga anak yang baik dan soleh.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Kidsshop_4, Tiktok Yuzu, Tiktok Sugeh Resort, TT ADI

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Handbag Blink2
Vivo Y04

Trending

Copyright © Berita Kopak

🔥 Berita Terkait Lainnya:
🏛️ Politik: Politik⚽ Olahraga: Olahraga🏥 Kesehatan: Kesehatan💻 Teknologi: Teknologi💰 Ekonomi: Ekonomi📰 Berita🎬 Hiburan: HiburanPendidikan
📡 Auto-updated • ⚡ Fast indexing • 🚀 SEO optimized