Artis / Selebriti
” Tak boleh bayangkan orang lain yang nyanyi lagu ni selain Kak Ella.. ” – Netizen
Ella Kongsi Satu Rahsia Di Sebalik Lagu Sembilu Yang Semua Orang Tidak Tahu. Nasib Lah Tak Terjadi Peristiwa Tu, Kalau Tidak Tentu Berbeza Sejarah Lagu Sembilu. Lagu Berhantu Ni !!
Siapa tidak kenal dengan Ratu Rock negara, Ella Aminuddin. Ella menjadi penyanyi rock wanita pertama negara yang masih lagi popular sehingga ke saat ini. Sudah lebih 40 tahun Ella berkecimpung dalam bidang seni dan sudah banyak album yang diterbitkan.
Antara album yang menjadi sambutan adalah Ella USA dan 30110 dan antara lagu yang melet0p adalah Sembilu. Meninjau akaun Instagram Ella Aminuddin, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Ella berkongsi cerita di sebalik lagu Sembilu.
Kata Ella, dia pernah reject lagu Sembilu ini ketika ditawarkan dulu. Kata Ella, ketika itu dia tidak mendengar dan mendalami lagu itu dengan sebetulnya membuatkan dia merasakan lagu Sembilu tidak sesuai dengan dirinya. Mujur lah Jojie berjaya memujuk Ella untuk merakamkan lagu tersebut.

Hanya dalam masa seminggu sahaja, album tersebut berjaya terjual sebanyak 150 ribu. Suatu pencapaian yang hebat dan siapa sangka, lagu Sembilu antara lagu yang menjadi siulan sejak era 90-an sampai ke sekarang sudah tahun 2024. Berdekad-dekad berlalu, memang lagu ‘berhantu’.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Ella ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Tak boleh bayangkan orang lain yang nyanyi lagu ni selain Kak Ella.. Sedap g1la lagu ni, always be in my heart.. ”
” Sembilu adalah lagu paling best dari dulu hingga sekarang tetap terbaik.. Apa2 bagi saya, album Ella USA paling best.. ”
” Kita beli kaset time tu.. dgr pakai walkmen dan mini compo ku.. ulang2 side A to side B.. aduiii back to the memori lane betholll laaaa bila dgr balik.. ”
” Saya paksa abang beli kaset. Hahahaha. Baru masuk darjah 6. Layan habis. Acah² la macam penyanyi kalau nyanyi lagu ni. Tapi layar impian masa tu lebih masuk ke jiwa kanak² saya. Alahhhh angan² terussss ikut cam lirik. Memori sangatlah awal thn 90s.. ”
” Our lagendary Ella.. antara lagu yang terbaik.. Huhu lagu ni dulu berhantu duk dalam kepala hakak tak nak keluar-keluar.. ”
” The one and only our rock queen.. Kisah di sebalik lagu Ella.. terbaik kak Ella, tak akan ada pengganti sesedap ratu kita.. lagendary.. ”
” Album 30110… semua lagu best kat dalam album ni. tak boleh bayang kalau Ella betul-betul reject lagu ni.. ”
Itu rupanya kisah di sebalik lagu Sembilu yang melet0p ini. Cuba bayangkan kalau bukan Ella yang menyanyikan lagu ini, mungkin lagu ini tak siapa yang tahu sekarang. Rezeki Ella dan benar kata orang, rezeki tak pernah salah alamat.

Silakan SHARE..
Sumber : Ella
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman



