Artis / Selebriti
” Bila I dengar nama dia lagi I tak nak.. ” – Ella Aminuddin
Video Ella kongsi kisah throwback enggan berkerjasama dengan Faizal Hussein buat ramai terhibur. Dengar nama Faizal je terus Ella tak nak. Sampai Ella nak tarik diri. Tak sangka itu sebabnya. Kelakar betul lah Ella ni, haha..
Ratu Rock negara, Ella Aminuddin muncul dalam podcast berjudul Ella Rasa dan banyak cerita mengenai Ella dibualkan sepanjang podcast berlangsung. Tidak hanya mengenai karier Ella tetapi rahsia Ella juga berjaya dikorek oleh host podcast tersebut.
Menerusi perkongsian video di Channel Youtube Ellarasa Official, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan Ella bercerita mengenai pengalamannya berlakon bersama aktor lelaki yang diminati dan digilai oleh ramai wanita iaitu Faizal Hussein.
Ella dan Faizal pernah bergandingan dalam filem Bayangan Maut sekitar tahun 1991. Ella mendedahkan dia pernah berhasrat untuk menarik diri daripada berlakon apabila mengetahui pelakon lelaki yang akan digandingkan dengannya adalah Faizal.

Ini kerana Faizal seorang yang fokus dengan kerja dan penuh penghayatan ketika berlakon. Faizal juga seorang yang terlalu in character sehinggakan Ella merasakan buntu memikirkan cara untuk meneruskan lakonan. Kelakar mendengar ayat yang keluar daripada mulut Ella.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Dua-dua comel. rindunya Ella dan Jojoeee.. Haha lawaknya lah Ella ni. dengan suara manjanya tu, kita pun geram dengar.. ”
” Adik kakak cantik dan comel je.. Kak ell remember tak this script “sayang tak ? Habistu kenapa tak cakap “ HAHA.. ”
Faizal memang terbaik dari segi penghayatan watak dan kerana lakonan yang hebat itu juga membuatkan namanya melekat di hati penonton. Tentu Ella tidak selesa dan rasa kekok kerana Faizal yang berada di hadapannya bukan Faizal yang Ella kenal.

Pelakon hebat seperti Faizal memang begitu lah cara kerjanya tetapi Faizal seorang yang mudah dibawa berbincang dan banyak membantu Ella. Itu pengalaman Ella sepanjang penglibatannya sebagai pelakon bersama Faizal dan menjadi kenangan manis untuk dikenang sampai bila-bila.
Tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ella Aminuddin, IG Faizal Hussein, Youtube Ellarasa Official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

