Artis / Selebriti
” Tahniah Ustazah Farhatul dan Ustaz Ilham. Sama cantik, sepadan dan seiras muka.. ” – Komen Netizen
Video majlis akad nikah qariah terkenal, Farhatul Fairuzah dan pasangannya, Ilham Amri. Wah bukan gimik lagi, betul-betul Farhatul kahwin. Pandai simpan rahsia, tahu-tahu dah nikah. Sama cantik sama padan, tahniah Farhatul..
Baru sahaja berlangsung sebentar tadi, majlis akad nikah juara qariah Tilawah Al-Quran Antarabangsa 2019, Farhatul Fairuzah. Hanya dengan sekali lafaz sahaja, Farhatul sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Ilham Amri.
Menurut laporan portal Gempak, Ilham adalah seorang ustaz dan juga mutawwif untuk sebuah syarikat pelancongan yang menguruskan Umrah. Ketika majlis ini, Farhatul menerima mas kahwin berupa 1 Dinar emas. Menerusi perkongsian di akaun Instagram Fedtri Yahya, telah dikongsikan video dan gambar sekitar majlis akad nikah Farhatul itu.
Farhatul tampil cantik dalam persalinan pengantin berwarna putih. Begitu juga Ilham segak mengenakan baju Melayu sedondon warnanya. Abang kepada Farhatul menyempurnakan upacara akad nikah dan menikahkan sendiri adiknya ini. Sama cantik dan sama padan, itu yang dapat digambarkan buat kedua mempelai ini.

Dekorasi pelamin yang dihias dengan bunga-bungaan berwarna putih menaikkan lagi seri majlis ini. Tiada sebarang khabar angin, tiba-tiba sahaja berlangsung majlis pernikahan Farhatul. Pandai Farhatul simpan rahsia. Farhatul sendiri juga seakan bermimpi dan tidak percaya dia bernikah pada hari ini.
Jom tonton video di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Dari tepi suami Farha nampak macam Dato’ Azizulhasni.. sama cantik sama padan, tahniah Farha dan suami.. “
” Alhamdulillah dan tahniah.. Semoga dikurniakan zuriat yg soleh Dan soleha hendaknya amin.. “
” Thu tak aku mmg mnanti siapalah yg dpt farhatul ni.. tahniahhh.. Selamat pengantin baru semoga jodoh berpanjangan sehingga ke jannah.. “
” Alhamdulillah Tahniah Ustazah Farha & Ustaz Ilham.. sama cantik sepadan seiras muka. Moga kekal bahagia hingga ke Syurga.. “
” Alhamdulillah tahniah.. bkn gimik lg.. semoga pasangan pengantin diberkati Allah.. Mewahnya bunga2 putih. I like.. “
” MasyaAllah Tabarakallah Alhamdulillah Tahniah ustazah semoga kekal bahagia hingga ke Jannah sentiasa didalam Rahmat dan Baroqah Allah Aamiin Aamiin Allahuma Aamiin.. “
” Alhamdulillah, Tahniah Farhahtul Dan Ustaz Ilham… Ustaz Ilham ni dulu bawak kami gi Umrah dgn Andalusia..sampaikn Salam Tahniah.. “
Alhamdulillah sempurna dan lancar majlis akad nikah Farhatul dan suaminya. Bermulalah kehidupan baru Farhatul sebagai seorang isteri. Semoga ikatan perkahwinan ini diberkati dan dirahmati Allah serta dikurniakan kebahagiaan sehingga ke akhir hayat. Selamat pengantin baru Farhatul dan Ilham.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Fedtri Yahya, IG mysalammuslim, Portal Gempak, IG BeritaAlhijrah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mantap, tak padan dengan kecil. In character betul, seram pun ada tau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wow, Raudhah speaking bunyi slang British… ” – Komen Netizen

