Artis / Selebriti
” Jom kita selawat sama-sama.. ” – Farhatul Fairuzah
Video Farhatul Fairuzah dan Mira Filzah mengalunkan selawat Allahul Kafi. MasyaAllah, merdunya suara Farhatul dan Mira. Tak sangka Mira pun pandai berqasidah walaupun nampak macam malu-malu..
Sebut sahaja nama Farhatul atau nama penuhnya, Nor Farhatul Fairuzah Panut sudah pasti ramai yang mengenalinya. Farhatul merupakan seorang pendakwah dan juara qariah Tilawah al-Quran Antarabangsa pada tahun 2019. Farhatul juga sering memuatnaik perkongsian ilmu di akaun media sosial miliknya.
Meninjau di akaun TikTok milik nama ceramahislamhebat, telah dikongsikan video yang memaparkan Farhatul berselawat Allahul Kafi. Namun apa yang menarik adalah Farhatul tidak keseorangan dan ditemani oleh pelakon cantik iaitu Mira Filzah.
Pada awal video, Farhatul mengajak orang ramai yang menonton video tersebut untuk bersama-sama selawat dengannya. Farhatul memulakan berselawat Allahul Kafi dengan iramanya yang tersendiri. Selepas itu, Mira pula menyambung alunan selawat itu.

Sehingga kini, perkongsian video Farhatul dan Mira berselawat Allahul Kafi telah ditonton lebih 41 ribu tontonan serta menerima ratusan tanda suka setakat artikel ini di tulis. Manakala di ruangan komen pula, ramai yang menulis ‘Alhamdulillah’ dan memberikan emoji tanda suka selepas menonton video tersebut.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@ceramahislamhebat masyallah #tilawahquran #foryou #taranum #ustazilhamamri #nikah #fyp #farhatulfairuzah #pengantinbaru
♬ bunyi asal – USTAZAH FARHATUL FAIRUZAH FANS – USTAZAH FARHATUL FAIRUZAH FANS
Sedap sungguh alunan suara Mira berselawat. Meskipun nampak Mira agak-agak malu ketika video ini dirakam, namun mampu mengalunkan qasidah selawat dengan dengan baik sekali. Menarik perkongsian video ini kerana dapat memberikan pahala buat kita semua yang turut sama berselawat bersama Farhatul dan Mira.

Moga-moga perkongsian daripada kami dari Berita Kopak ini memberikan manfaat untuk semua. Apa-apa pun, kami juga ingin mengucapkan tahniah buat Farhatul yang baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, Mohammad Ilham Amri. Semoga rumah tangga yang baru dibina ini akan kekal bahagia sehingga ke syurga.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok ceramahislamhebat
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mantap, tak padan dengan kecil. In character betul, seram pun ada tau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wow, Raudhah speaking bunyi slang British… ” – Komen Netizen

