Artis / Selebriti
” Suka anak-anak kalau dengan Odey.. ” – Netizen
Video Anak-Anak Shuib Sepahtu, Dzahira Talita Zahra Dan Ariq Matin Bermain ATV Bersama Nenek Mereka, Odey Raih Perhatian Ramai. Wah Pandainya Dekta Dan Matin Bawa Sendiri ATV. Seronok Tengok Cara Odey Layan Cucu-Cucu !!
Meninjau ke akaun Instagram Suciuwais, perkongsian sebuah video yang memaparkan anak-anak Shuib Sepahtu iaitu Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin bermain ATV telah meraih perhatian ramai. Mereka bersama nenek mereka yang dipanggil Odey bersama-sama melakukan aktiviti extreme ini.
Mereka melakukan aktiviti ini di Sugeh Hill Resort, Janda Baik, Pahang bersama-sama anak-anak Dato’ Aliff Syukri. Di awal video memaparkan Talita begitu gembira menaiki ATV bersama Odey dan kemudiannya Talita cuba memandu sendiri ATV ini.
Tidak ketinggalan juga Matin yang turut serta memandu ATV dengan pantauan oleh orang dewasa. Terpancar kegembiraan kedua adik-beradik ini melakukan aktiviti ini. Kedua-dua mereka boleh dikatakan berani untuk mencuba sukan lasak ini.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 4 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ramai yang memuji sikap baik ibu tiri arw4h Siti Sarah ini yang sentiasa melayan cucu-cucunya ini dengan begitu baik sekali.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen terhadap video ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Suka laju².. exterm.. tp tk nk laju² sgt.. acik pun confuse talita . Cantik sangat oder.. kulit halus gebu.. kasih syg dgn cucu tip top.. “
” Bestnya makder… Makder ttp cantik.. Yg mkn dlm air tu area mana mak der? saya hri tu bru pergi sugeh, family day utk ank kapal.. “
” Untung anak2 arw4h dikelilingi org tersayang. Muga dipermudahkan kehidupan mereka dan jadi anak yg doleh dan solehah. Aamiin.. “
” Ptg kami sewa mtr, jln2 dekat atv sana… tp yg makan dlm sungai tu tk jumpa… sana best sgt, udara mmg fresh dan tenang jer…. “
” Mak der ..bykkn lg post video2 ye.. suka tgk mk der n fmy nye aktivti.. si matin ni ada je akal dia.. Makder nampak slim la.. makin lawa… ape rahsia… cer kongsi.. “
” As Salam Makder… looking gorgeous.. Suka anak2 kalau ngan makde nya ..nampak dctu keiklasanya . Memang muka ibu ank arw4h sara yg perempuan ne.. “
” Mateen memang sentiasa muka kelakar luv you sama nama cucu saya.. Dah besar dah dikta. Makin manis n lawa dikta.. “
Seronok melihat Talita dan Matin meluangkan masa bersama nenek mereka dan bercuti bersama-sama. Memori sebegini akan sentiasa menjadi ingatan mereka. Semoga Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin menjadi anak yang baik dan membanggakan kedua ibubapa. Amin.

Silakan SHARE..
Sumber : IG SuciUwais
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

