Artis / Selebriti
” Suara dua beranak ni bila bergabung memang power lah dengar.. ” – Komen Netizen
Video Ameng Spring berduet bersama anaknya, Ammar menyanyikan lagu Bourgenvilla raih pujian ramai. Wah, sedap betul paduan suara dua beranak ni, padu habis lah..
Meninjau di akaun TikTok milik amir_solo63, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan penyanyi Ameng Spring bersama anaknya, Ammar sedang membuat persembahan secara duet. Video tersebut menarik perhatian ramai warganet yang teruja melihat kemunculan dua beranak ini di atas pentas yang sama.
Menerusi video itu, kelihatan Ameng dan Ammar bergandingan menyanyikan lagu berjudul Bourgenvilla, lagu popular yang pernah melonjakkan nama Ameng suatu ketika dahulu. Persembahan tersebut disampaikan dengan penuh penghayatan sehingga mendapat pelbagai reaksi positif daripada penonton.
Ammar dilihat begitu bersemangat ketika menyanyikan lagu tersebut, sekali gus mencuri perhatian ramai. Ramai yang berpendapat Ammar jelas mewarisi bakat seni bapanya dan memiliki potensi besar untuk terus berkembang dalam dunia nyanyian.

Selain itu, suara Ameng turut mendapat pujian apabila disifatkan masih kekal mantap seperti dahulu. Rata-rata peminat turut mengimbau kenangan era 90-an apabila lagu Bourgenvilla menjadi siulan ramai dan pernah popular pada zaman kegemilangannya.
Tonton video di bawah ini :
@amir_solo63 Ameng ft Ammar – bourgenvilla #pestapenang #fyp
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Membesar dgn lagu2 mcm ni… teringat dulu time darjah3 nak dgr lagu susah manadee yt fon bagai, so pinjam la laptop abah nohh banyakkkkk playlist jiwang2.. “
” Ameng suara senior, Ammar suara junior.. Ammar memang mewarisi bakat ayahnya.. Semoga keduanya terus berjaya.. “
” Suara Ameng still tak berubah . Aaaaa rindula zaman 90an dgr lagu Ameng ni.. Ammar pun apa kurangnya, sedap suara dia.. “
” Ameng suara maintain dr dulu sampai skrg. Suara Ammar bila part tarik “ku padamu” tu tak bingit. Sedap je dgr kat telinga. Dgr guna headphone lagi padu.. “
” Suara dua beranak ni bila bergabung memang power lah dengar. Ammar boleh digilap lagi suara untuk sama dgn ameng.. Legend tetap legend.. “
” Terbaikkk Ammar, mewarisi darah seni… Berbakat… Ameng dari dulu sampai sekarang, suara tu maintain je, tak berubah.. “
” Ammar ni sebijik pelakon Aedy Ashraf, suara sedap.. Mana tahu, rezeki dia juga nanti boleh jadi pelakon.. “
Perkongsian video duet ini turut mengubat kerinduan peminat terhadap suara Ameng di samping melihat bakat anaknya yang semakin menyerlah. Diharapkan Ammar terus mengasah bakat yang dimiliki dan suatu hari nanti dan mampu mengikut jejak langkah bapanya dalam industri seni tanah air.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok amir_solo63
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti12 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

