Artis / Selebriti
” Orang cakap macam tu pasal ayah saya, saya rasa macam.. ” – Ammar Haikal
Terima komen menggelarkan dirinya sebagai anak seorang banduan, luahan anak Ameng Spring, Ammar Haikal buat ramai tersentuh. Alahai kesiannya Ammar, sampai menangis dibuatnya..
Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik whosmeinz, telah dikongsikan dua video yang memaparkan anak penyanyi, Ameng Spring iaitu Ammar Haikal sedang live di TikTok. Menerusi video pertama, Ammar menerima satu komen daripada seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai anak banduan. Walaupun komen itu kedengaran kurang sopan, Ammar tetap tampil tenang.
Menariknya, Ammar tidak menunjukkan kemarahan, sebaliknya membalas komen tersebut dengan penuh berhemah. Sikapnya yang matang dan tidak melatah mendapat pujian ramai. Namun begitu, menerusi video kedua, Ammar dilihat meluahkan rasa sedih selepas membaca komen negatif berkenaan. Katanya, dia sebenarnya sudah biasa menerima kata-kata sebegitu.
Walau bagaimanapun, Ammar mengakui jauh di sudut hati, dia tetap berasa pilu setiap kali perkara itu dibangkitkan. Dia turut mendedahkan bahawa hubungan rapatnya dengan Ameng mula terjalin kembali ketika bapanya menyertai pertandingan Gegar Vaganza beberapa tahun lalu.

Selain itu, Ammar berkongsi pengalaman zaman kecilnya ketika di sekolah rendah. Katanya, dia tidak mempunyai ramai rakan rapat dan lebih banyak menghabiskan masa bersendirian. Pengalaman itu sedikit sebanyak membentuk dirinya menjadi seorang yang kuat dan matang dalam menghadapi cabaran hidup.
Tonton video di bawah ini :
@whosmeinz Kenapa ek org tua/dewasa/dah ada family sibuk nak #cyberbully orang. Dia lupa ke karma tu ada, dia tak fikir panjang ke yg dia tu ada anak yg akan dtg kata2 tu akan makan diri dia untuk family dia pulak. Orang nak cari attention kita kasi viral acc dia lah ek. PLEASE JANGAN MANIPULATE JADI BERITA MEREPEK
@whosmeinz @ammarlaaa._ jangan pernah penat untuk capai impian. Pi lantaklah komen negatif tu semua sbb diaorg tak kan pernah rasa mcm mana perjalnan kita untuk capai tahap skrg yg org nampak hanyalah ketawa tp diaorg tak pernah nmpak struggle kesedihan seorang #AmmarHaikal . 💪🏼 🤜🏼🤛🏼 #triomut TERUS MELANGKAH JAUH TRIO MUT!!
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya turut memberikan kata-kata semangat kepada Ammar. Antara komen-komen tersebut adalah :

Silakan SHARE..
Sumber :TikTok whosmeinz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

