Artis / Selebriti
” Suara Dekta sebijik macam suara arwah Siti Sarah. Merdu, semerdu suara arwah.. ” – Komen Netizen
Video Anak Perempuan Tunggal Arwah Siti Sarah Raissuddin, Talita Menyanyikan Lagu Kesetiaan. Wah Kali Ni Makin Sedap Suara Dekta, Mendayu-Dayu. Ramai Yang Kata Macam Suara Ibu !!
Lagu Kesetiaan menjadi lagu signature arwah Siti Sarah Raissuddin. Sekali pun Sarah sudah 3 tahun pergi mengadap Ilahi, namun aura Siti Sarah masih tebal di hati para peminatnya. Lagu ini juga masih menjadi lagu kegemaran ramai. Setiap kali mendengar lagu Kesetiaan, pasti ada yang menangis kerana terkenangkan Siti Sarah.
Meninjau akaun Tiktok Loveta HQ, telah dikongsikan satu video yang memaparkan satu-satunya anak perempuan Siti Sarah, Dzahira Talita Zahra mendendangkan lagu ibunya itu. Talita atau lebih mesra dengan panggilan Dekta sememangnya mempunyai bakat menyanyi.
Ini bukan lah kali pertama Dekta membuat cover lagu Kesetiaan tetapi nyanyiannya kali ini kedengaran lebih yakin dan tenang berbanding sebelum ini. Lenggok dan tone suara Dekta dikatakan oleh warganet ada persamaan dengan suara Siti Sarah.

Mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi, itu perumpamaan yang sesuai untuk diberikan kepada Dekta. Jika terus digilap bakat yang ada pada Dekta ini, tidak mustahil Dekta boleh menjadi sehebat ibunya nanti. Watie pula selalu menyokong dan berada di samping Dekta.
Jom tonton video di bawah :
@lovetahq Dekta nyanyi lagu kesetiaan. Shawl mummy dari Shawl Leia, tengok bag kuning ok #talita #watiehanifiah #loveta
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian dan mendapat pelbagai respon daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Bagus nye mami wati tu. always smile. semoga Allah berkati kamu pelihara anak2 arwah siti sarah dh penuh kasih dn syg. Aamiin.. ”
” Suara Dekta sebijik macam suara arwah Siti Sarah. Merdu semerdu suara arwah ada persamaan. Alfatihah Siti Sarah.. ”
” Bakat hebat ni.. merdunya suara Dekta sebijik macam arwah ibu..best dengar suara Dekta.. Besar nanti ganti ibu tau.. ”
” Arwah tak pergi saja, dia tggalkn volume dia pada ank prempuan dia. smoga dekta trus sambung apa yg bakat ibu ada. sedap suara dekta boleh diasah lagi.. Al fatihah untuk arwah.. ”
” Mantap lah suara Dekta.. suka dengar suara tu, mendayu-dayu macam ibu. Terbaik mummy Watie selalu support anak-anak. Semoga menjadi mummy buat anak-anak till jannah.. ”
” Suara Dekta sama macam arwah ibunya. Perlu diasah lagi suara dekta sedap sangat ler.. ibu dengar happy tau.. love you dekta.. ”
” Anugerah yang teristimewa dari Allah. terbaik suara Dekta, sama lah bila dekta nyanyi semula lagu ibu ni.. mummy Watie pula sporting.. ”
Kurniaan Allah untuk Dekta, suara yang boleh mengubati rasa rindu terhadap ibu. Semoga bakat yang ada pada Dekta ini tidak disia-siakan dan teruskan latihan serta usaha Dekta untuk memantapkan vokalnya. Semoga Dekta mencapai kejayaan dalam kehidupan dan gembira selalu bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Loveta HQ, IG Ajai
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

