Artis / Selebriti
” So sekarang ni, suami saya artis lah kat sana. Setiap kali dia turun, memang bergambar bagai.. ” – Erra Fazira
Video respon Erra Fazira apabila ramai yang mencarinya di Kedai Kueh milik suaminya selepas mereka berkahwin. Part yang ramai nak bergambar dengan Ezwan tu win. Wah dah macam artis yer sekarang Ezwan, hehe..
Meninjau di akaun Instagram milik f8buzz, telah dikongsikan sebuah video temubual bersama penyanyi dan juga pelakon terkenal, Erra Fazira. Menerusi video tersebut, wartawan ada bertanya mengenai suami Erra, Ezwan Zain yang kini menjadi tarikan ramai untuk berkunjung ke kedai kuih milik mereka.
Perkara ini berlaku apabila selepas mendirikan rumahtangga bersama Erra, kedai yang diusahakan oleh Ezwan mula mendapat perhatian orang ramai. Bukan sahaja hadir untuk membeli makanan, malah ada peminat yang datang semata-mata ingin bertemu Erra.
Menurut Erra, jika ada peminat yang datang ke kedai, namun tidak berpeluang bertemu dengannya, dalam keadaan situasi itu, peminat berkenaan akan mengambil peluang untuk bergambar bersama Ezwan yang kebetulan berada di kedai tersebut.

Tambah Erra lagi, hal ini telah pun dibincangkan bersama suaminya sebelum ini dan akui Erra, Ezwan mampu mengawal keadaan tersebut dengan baik. Erra juga menjelaskan bahawa perkara itu sudah menjadi kebiasaan buat Ezwan dalam berhadapan dengan kehadiran orang ramai seperti itu kerana Ezwan juga seorang ahli perniagaan.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Alhamdulillah… Rezeki slps kawin, rezeki yang tak disangka-sangka yang diberikan oleh Allah.. Semoga semakin luas rezeki E&E.. “
” From side hustle to main attraction Mr E’s rising fame. Taxpe lah tumpang popularity isteri. Smoga rezeki melimpah kaseh sayang making erat.. Aamin.. “
” Agak agak kan nanti bila masing2 dah umur umur bersara, ada tak kemungkinan kita g Kueh pastu tengok tengok Erra jaga kaunter, hehe.. “
” Jangan cakap mak2, anak saya yang umur 9tahun pon tanya bila nak pegi Kueh Kafe.. Sbb dia nak jumpa Erra Fazira.. Ahhh sudahhh.. “
” Alhamdulillah dua2 suka layan peminat dan customer kan terbaiklah Mr E dan Erra.. Moga murah rezeki lagi lepas ni.. “
” Ha ha haaa.. Comel jawapannya.. Lepasni nak kena buat kueh pun mcm rembayung ke… Hahahaha semua pakat teruja nak tgk Erra lah katakannya.. “
” Nak cari kueh sambil tgk Erra.. Humble betul lah Erra ni.. Dah lah cantik sangat.. Untung ler Mr E dapat Erra.. “
Bukan itu sahaja, Erra turut berseloroh dengan berkata suaminya kini sudah seperti seorang artis kerana setiap kali berada di kedai, pasti ada yang meminta untuk bergambar dengannya. Selain itu, Erra turut berkongsi mengenai perasaan peminat yang meluahkan rasa sedih apabila tidak dapat bertemu dengannya, namun dia tetap menghargai sokongan yang diberikan oleh semua peminat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG f8buzz, errafazira
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti4 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

