Artis / Selebriti
” Siti tu siapa, abah. Bagi handphone, sumpah tak lawak abah.. ” – Qadejah
Video DS Aliff Syukri terkantoi dengan anaknya, Qadejah sedang bermesej dengan seseorang bernama Siti. Live tiba-tiba kecoh apabila Qadejah tanya siapa Siti dan nak report kat Mama. Namun reaksi Ammar Ahyan yang terus menjamu selera buat ramai terhibur..
Satu insiden yang mencuit hati ramai melibatkan keluarga usahawan terkenal, Dato’ Seri Aliff Syukri, menarik perhatian warganet apabila anak perempuannya, Qadejah, tiba-tiba bertanya soalan yang agak ‘panas’ semasa sesi live bersama pengikut di media sosial.
Menerusi sesi live tersebut, Dato’ Aliff dilihat sedang memegang telefon dan menaip sesuatu. Namun suasana tiba-tiba berubah menjadi kecoh apabila Cess mengintai telefon bapanya sambil bertanya ‘ Siti tu siapa abah ? ‘. Soalan itu mengejutkan Dato’ Aliff yang sempat terdiam beberapa saat.
Apa yang membuatkan netizen bertambah terhibur adalah reaksi Ammar yang langsung tidak memberikan sebarang respon. Sebaliknya terus menikmati makanannya tanpa menghiraukan situasi yang berlaku. Gelagat Ammar itu membuatkan ruangan komen dibanjiri dengan gelak ketawa dan pelbagai reaksi lucu daripada netizen.

Ammar kemudiannya menjadi agak pelik apabila keadaan tiba-tiba menjadi senyap sunyi apabila bapa dan adiknya beredar dari situ. Dato’ Seri Aliff akhirnya berkongsi siapa sebenarnya Siti yang ditanya oleh Qadejah menerusi video yang kedua.
Jom tonton video di bawah :
@papalarisbyaa Siapa Siti tu Abah?? #aliffsyukri #aliffsyukriterlajaklaris #papalarisbyaa
@papalarisbyaa Replying to @AISHAH Part 2 Siti Tu Siapa Abah?? #aliffsyukri #aliffsyukriterlajaklaris #papalarisbyaa
Aksi bersahaja keluarga Dato’ Aliff Syukri ini membuatkan ramai terhibur. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Ammar makan chicken darling guyss. Ada yg tnya. Sy jawab dkat sni ajooo.. Hahaha dia macam if rumah bising tu normal. If rumah senyap kena start risauuuu.. “
” Sedapnya chicken darling lamanya tak beli tp chicken darling dh ada kat kl ke.. tak skrng ni , benda dh senyap kenapa kau nak risau? masa bising bukan relek makan.. “
” Org tgh perang.. ammar sempat mintak air dan kenyangkan perut. dalam otak ammar nak gaduh gaduh lah , aku lapar.. “
” Makan amar . makan . jgn hirau kan sekeliling . anggap lah suara tu dtg dari phone mak awk ye.. aku cari komen pasal yg gado tapi semua pasal ammar je .. “
” Aku takut tgk Cess bila dia senyum gitu weyh perempuan kalau senyum gitu bahaya.. Amar macam xda perasaan je.. “
” Anak sulung mmg cmni perasaan dia paling penting perut kenyang , anak no 2 jangn cari pasaii dia berani bersuara .. “
” HAHAHA aku laa dgn amayan ni org dk kecoh dia steady lagi dk mkn yg penting perut kenyang ye idok.. Rilex2 Selagi ammar tak panik selagi tu kita jngn panik.. “
Soalan Qadejah dan reaksi selamba Ammar bukan sahaja mencuit hati, malah memperlihatkan sisi semula jadi dan jujur dalam hubungan keluarga mereka. Tidak hairanlah jika setiap video mereka sering mencuri perhatian dan menjadi tontonan ramai.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Papalaris
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

