Artis / Selebriti
” Shukri Yahaya je yang boleh tengok rupa Tya, orang lain tak boleh tengok.. ” – Shukri Yahaya
Gembira dengan penampilan baru isteri, Video Shukri Yahaya kongsi perasaannya dan kisah bagaimana permulaan hijrah Tya Adnan yang kini tampil mengenakan niqab raih perhatian ramai..
Meninjau di akaun Instagram Majalah Nona telah dikongsikan video yang memaparkan wawancara bersama pelakon Shukri Yahaya. Menerusi wawancara tersebut, Shukri menjawab mengenai penampilan terbaru isterinya, Tya Adnan yang kini sudah berniqab.
Difahamkan, Tya tampil mengenakan niqab sekitar pada bulan Julai lalu. Kata Shukri, sebagai seorang suami, dirinya tidak menghalang isterinya berpenampilan seperti itu. Malah Shuk merasa begitu gembira dengan keputusan yang dibuat oleh Tya.
Kata Shuk lagi, hal tersebut sangat istimewa kerana kini wajah Tya hanya dapat dilihat hanya dirinya sahaja. Selain itu, Shuk juga berkongsi cerita bagaimana terdetiknya Tya mahu mengubah penampilannya. Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian ramai.

Sehingga kini, video wawancara bersama Shuk itu telah menerima lebih 900 tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis. Jelas kelihatan betapa terujanya wajah Shuk berkongsi cerita mengenai penampilan terbaru isterinya sekarang.
Tonton video di bawah ini :
Hati suami mana tak seronok jika isterinya memilih untuk menjadi lebih baik. Begitu lah bagi Shuk yang begitu senang dengan penampilan Tya sekarang. Bagi yang mengikuti Tya di akaun Instagram, pasti mengetahui yang Tya sudah memadam semua gambar-gambarnya yang terdahulu dan hanya tinggal beberapa gambarnya berpenampilan baru.

Apa-apa pun, sama-sama kita mendoakan yang terbaik buat Tya. Semoga Tya terus istiqamah dalam penghijrahannya ini. Untuk sekadar rekod, Shuk dan Tya mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini telah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Aaira Ameena dan Maleeq Miqayl.

Silakan SHARE..
Sumber : IG majalahnona
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

