Artis / Selebriti
” Nak buat ringtone phone lah, ‘ahak ahak’ tu mahal dengar.. ” – Komen Netizen
Video gelagat anak MUA Bellaz, Nur Aisywara Nealofa menyanyi lagu APT buat ramai terhibur. Alahai muka baru bangun tidur pun comel Wara menyanyi lagu APT. Part ‘ahak ahak’ tu yang paling tak tahan, cute sangat..
Bagi yang mengikuti pempengaruh terkenal iaitu MUA Bellaz ini pasti mengetahui yang Bellaz suka berkongsi video-video tentang gelagat anak bongsunya, Aisywara Nealofa. Jangan tak tahu, Aisywara atau mesra dengan panggilan manjanya Wara juga mempunyai ramai peminatnya yang tersendiri.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Bellaz, telah dikongsikan video terbaru mengenai Wara. Menerusi video itu, dikongsikan gelagat Wara menyanyi lagu viral bertajuk APT. Tulis Bellaz, ketika video ini direkod, Wara baru sahaja bangun daripada tidur.
Meskipun baru bangun tidur, kelihatan Wara begitu semangat menyanyikan lagu APT itu. Bukan itu sahaja, Wara membuat pelbagai gaya-gaya yang comel ketika menyanyi. Perkongsian video Wara ini telah menarik perhatian warganet.

Ramai yang terhibur mendengar nyanyian Wara. Ada yang berseloroh mengatakan mahu menjadikan nyanyian Wara ini sebagai ringtone dan alarm telefon mereka kerana suara Wara yang begitu comel. Sehingga kini, video Wara menyanyi telah menerima lebih 20 ribu tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai video Wara ini dan meluahkan rasa geram melihat kecomelan Wara. Antara komen-komen menarik adalah :
” Nak buat ringtone phone lah, ‘ahak ahak’ tu mahal dengar.. Hehee geram sungguh lah tengok budak Wara ni, comel sangat.. “
” Comey je Wara bangkit2 tidoq dok nyanyi lagu apache apache .. Ahak ahak.. Hahaha sekali kita yang tengok ni pun tengkok dok kiri kanan mcm dia.. “
” Wehhhhhhh comelnya.. Hahahaha dia yang menyanyi kita pula rasa geram.. Geram macam nak cubit pipi dia, MasyaALLAH comel lah Wara.. “
” Boleh buat lagu ni, hahaa.. Muka baru bangun tidur pun comel sangat Wara.. Ahak ahak.. Hahaha.. Geram aku tengok, haha.. “
” Ishhh lah awat yang comel sangat ni Wara.. Pandai sungguh dia pun boleh dok menyanyi lagu tu.. Budak2 la ni cerdik lah.. “
” Kemain la ahak ahak tu sgt jelas.. Aku sekali kepala goyang apt apt ahak ahak ikut Wara, hahaha.. Wara2 comelnyaaaaaa.. “
” Pinjam sound Wara.. Jd alarm la yek, snang acik nk bngun pg, hehehe.. Sedap betul dia nyanyi, hehee.. Dah lah comel pula tu.. “
Apa sahaja perkongsian mengenai Wara pastinya akan meraih perhatian ramai. Gelagatnya yang comel membuatkan warganet rasa geram. Apa-apa pun, semoga Wara terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik buat kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG muabellaz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

