Artis / Selebriti
” She sebak betul sampai bergenang air mata, kita dengar pun sebak juga.. ” – Komen Netizen
Video ucapan terima kasih daripada Misha Omar buat anak Dato’ Aliff Syukri, Ammar Ahyan buat ramai yang tersentuh. Nampak berair mata Misha ketika bercakap, betapa terharunya Misha dengan Amayan..
Beberapa hari lalu, tular video yang memaparkan anak sulung jutawan kosmetik, Dato’ Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan menyanyi sebuah lagu bertajuk Break, nyanyian asal oleh penyanyi, Misha Omar. Video nyanyian Ammar itu juga turut mendapat perhatian Misha sendiri.
Misha telah memberikan komen di posting video Ammar tersebut dan meluahkan rasa terharu apabila golongan muda seperti Ammar meminati lagunya. Terbaru, meninjau di akaun Instagram Misha, telah dikongsikan video ucapan khas Misha kepada Ammar.
Kata Misha menerusi video tersebut, mengucapkan terima kasih kepada Ammar kerana menyukai lagu barunya. Tambah Misha lagi, kerana nyanyian Ammar itu, ramai yang tahu lagunya dan Misha merasakan ianya satu perkara yang membuatkan dirinya merasa gembira.

Perkongsian video Misha ini telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet. Ramai yang mengatakan lagu Misha itu sedap didengar dan ada yang tidak menyangka lagu Break adalah ciptaan oleh penyanyi tersohor negara Indonesia iaitu Melly Goeslow.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya menyukai perkongsian video Misha ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” She sebak betul sampai bergenang air mata, kita dengar pun sebak juga.. Btw lagu akak memang sedap lah dengar.. Serius tak tipu.. “
” Masa memula tgk drama MBP tu lagi saya dah notis lagu ni sedap dan terus cari sapa penyanyi dan penciptanya.. Rupanya kak Misha yg nyanyi patut suara agak mcm kenal mmg sedap!tgk lah sapa yg buat kan teh melly tuh.. “
” Akakkk lagu akak saya dgr 24jam sambil bawak lereta buat kerja, basuh pingan ,tido malam.. Sedapppppppp sangat.. “
” Dik.. Kalau BREAK boleh melekat di hati Amayan…yg cuma layan lagu NEGARAKU… Pasti ia akan melekat di hati kamiii.. “
” Sebab lagu BREAK tu best sgt, mmg diciptakan utk kak mish.. Lagu fav sayaaa since ygk cite mandul tu.. Hihihi hari2 sy nyanyi.. “
” Takkan tidak melekat.. Love ya kak mitch. Terus ya dpt peminat gen z.. Mantul lagu kak mitch kali ni.. Dengar sbb ammayan kak ..Tapi mmg minat lagu2 akak.. “
” Yer .. Lps dgt Ammar nyanyi baru sy tahu adanya lagu Break ni.. Ammayan turut membawa genZ utk turut serta dgr lagu kak mitch. Actually susah gen Z nk dgr lagu2 malay kite jaman now.gen Z ni dia ade lagu2 diorg yg galau versi diorg.. “
Jelas terlihat betapa terharunya Misha ketika memberikan ucapan terima kasih kepada Ammar dan semestinya lagu Break ini memberikan impak yang luar biasa buat Misha dan peminatnya. Untuk pengetahuan, lagu Break ini juga menjadi lagu OST untuk drama bersiri Mandul Bukan Pilihan yang sedang ditayangkan di Astro Ria.

Silakan SHARE..
Sumber : IG mishaomar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

