Artis / Selebriti
” Bijak sangat, berani dan penuh dengan keletah Idris ni. Jatuh cinta dengan tone dia.. ” – Komen Netizen
Video Misha Omar berduet bersama anak lelakinya, Idris Ezzwa di konsert Dia Misha Omar raih pujian warganet. Wah sedap sangat suara Idris ni. Confident tinggi, pandai berinteraksi dan melawak bersama penonton. Lucu lah Idris ni..
Misha Omar bukan nama asing dalam industri seni tanahair dan sudah lama berkecimpung dalam dunia nyanyian. Kelunakan suara Misha membuatkan dirinya masih lagi kekal relevan sehingga sekarang sekali pun ramai artis baru yang tumbuh bagai cendawan dalam industri.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Sinar FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan menarik Misha berduet bersama anak lelakinya, Idris Ezzwa di Konsert Dia Misha Omar yang berlangsung semalam di Mega Star Arena.
Idris yang baru berusia 9 tahun ini seorang kanak-kanak yang berani dan penuh keyakinan walaupun berada di hadapan ramai penonton. Siapa sangka, Idris juga berbakat besar dalam nyanyian dan memiliki suara yang lunak dan merdu seperti Misha.

Telatah Idris bermonolog di pentas menghiburkan penonton yang hadir. Ekpresi wajah Idris dan lontaran suaranya yang penuh berkeyakinan membuatkan penonton gembira. Idris bakal meneruskan legasi Misha dan ramai mengatakan Idris seperti Anuar Zain ketika kecil.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini lebih 30 ribu tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Sekali pandang mcm Nicolas saputra la.. comel betul.. So talented and confident like his mom. For those who don’t know, Misha Omar Ketua Pengawas tau masa form 5.. “
” Next Anuar Zain, comel betul Idris ni.. muka sebijik mummy dia. gelagat pon mcm mommy dia, cute.. “
” Ini terlebih cukup latihan, so comfortable full with confidence and really make the stage his own. Mcm rumah dibuatnya. Well done.. “
” Effortless je anak dia menyanyi, he born as superstar heehe, so cute both of you.. Level confident dia tinggi.. “
” Hahahhaha mnghburkan reaction muka dia.. Ehhh terjatoh cinta dgn voice tone dia.. wahhh dia punya feel… lurvenyaaa…. kiut ensemmm.. “
” Bijak sangat, berani dan penuh dengan keletah idris ni.. Idris got talent, sedap suara dia.. Playful and so confident.. Future Anuar Zain.. “
” Sedapnya suara dia, such a natural lah. cute, adorable dan funny also. Handsome and super talented Idriss.. Mewarisi bakat ibu dia.. “
Idris menceriakan konsert Misha dan ramai yang tidak puas melihat telatah Idris itu. Bukan sahaja comel dan handsome tetapi juga kelakar orangnya. Semoga Idris terus menjadi anak yang soleh dan membanggakan kedua ibu bapanya apabila dewasa kelak.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sinar FM
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

