Artis / Selebriti
” Semua tak jalan, penat atok membodek tapi tak laku. Pasrah atoknya, cucu select.. ” – Komen Netizen
Perkongsian Video Paknil Cuba Berusaha Memenangi Hati Cucunya, Raees Hayder Buat Warganet Terhibur. Alamak Cucu Yang Ini Langsung Tak Mahu Dengan Pak Nil, Select Betul Kata Paknil. Part Yang Raees Cium Mainan Tapi Tak Nak Cium Pak Nil Tu Kelakar, Hehe !!
Siapa yang tidak mengenali figura hebat bernama Datuk Aznil Hj Nawawi. Lebih mesra dengan panggilan Pak Nil, figura ini bukan sahaja digemari oleh orang dewasa, malah kanak-kanak juga. Sekali pun Pak Nil sudah berusia lebih 50 tahun, namun wajahnya tetap maintain muda.
Pada perkongsian terdahulu, Pak Nil ada berkongsikan mengenai cucunya, Raees Hayder yang langsung tidak mahu dekat dengan Pak Nil. Sejak dari awal Pak Nil sampai, Raees seboleh-bolehnya mengelak dari dipegang oleh Pak Nil. Ada ketikanya sehingga menangis Raees kerana dipegang oleh atoknya itu.
Menerusi entry terbaru Pak Nil di akaun Instagramnya, telah dikongsikan pula kejadian yang terjadi ketika Pak Nil dan Raees singgah ke sebuah kedai toys. Gembira betul Raees melihat banyak mainan yang terdapat di situ. Pak Nil cuba mengambil kesempatan untuk bermesra dengan Raees.

Puas dibodek dengan mainan dan segalanya, Raees tetap tidak mahu bermesra dengan atoknya. Bak komen warganet, atoknya wajah baby face dan kelihatan muda, tentu cucu pun tidak percaya itu adalah atoknya. Part Raees cium mainan kereta tetapi tidak mahu cium Pak Nil menggeletek hati warganet.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini hampir meraih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Budak-budak berebut nak peluk nak bergambar dg atuk dia.. cucu kandung nya lak,hahah aduhhhh.. frust atok.. ”
” Atuk tak namaaapk mcm atuk2 tp nmpk mcm uncle2 kat mall. so cucu pening sudahh haha.. ”
” Yang boleh buat profesor klon koyak , cucu pak nil haha. Kesian atok, bersabar lah wahai atok hehe.. ”
” Atok tak nampak macam atok-atok tapi macam uncle-uncle dekat mall. so cucu pening sudah haha.. ”
” Pasrah atoknya, haha. Atok kena buat tomtombak balik baru cucu ngam. atok ko ni popular dik oii jangan select nau haha.. ”
” Semua tak jalan, penat atok membodek tapi tak laku haha.. pdhal atok dlu smua bdk kck ska.. dpt ke cucu select haha.. sbr laaa atok.. ”
” Pak Nil , kali ni saya ikut tergelak tengok gelagat cucu pak nil ni haha. Bagus cucu atok fullest integriti tak makan rasuah.. ”
Alahai cucu memang betul-betul cucu ‘select’ Pak Nil seorang ini. Habis semua usaha membodek yang Pak Nil lakukan tetapi hasilnya tetap mendukacitakan. Tak mengapa Pak Nil, teruskan lagi usaha untuk memenangi hati cucu kesayang. Good luck Pak Nil.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Aznilnawawi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandai la Hadie berlakon, macho gitu. Dah macam remaja dalam In-Team dan Solehah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Share lebih-lebih kang orang kata baru kahwin, saya pun serba salah.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Serious sedap, finally dapat dengar Dekta nyanyi lagu ni. Suara ada vibes arwah Siti Sarah.. ” – Komen Netizen


