Artis / Selebriti
” Meremang bulu roma dengar Pak Nil mengaji, sedap.. ” – Netizen
Video Datuk Haji Aznil Haji Nawawi Mengaji Dalam Rancangan Geng Ngaji Raih Pujian Warganet. Wah Meedunya Alunan Suara Paknil Mengaji. Ustaz Tarmizi Pun Kagum Dengan Bacaan Pak Nil, Terbaik Lah !!
Meninjau di akaun Instagram milik mysalammuslim telah dikongsikan satu video yang memaparkan Datuk Haji Aznil Haji Nawawi bersiaran sedang live dalam rancangan Geng Ngaji bersama pengacara rancangan tersebut iaitu Fakhrul UNIC, Ustazah Sofizah Mousin dan Ustaz Tarmizi.
Menerusi video itu, Datuk Haji Aznil atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nil membaca surah Al-Kahfi ayat 18. Pada awal video, Pak Nil berborak bersama ketiga-tiga pengacara rancangan Geng Ngaji dan bertanya mengenai kisah surah Al Khafi sebelum memulakan bacaan.
Pak Nil sempat mempromosikan set mikrofon dan speaker yang digunanya untuk dijual. Meskipun dalam membuat lawak sehingga Ustaz Tarmizi, Fakhrul dan juga Ustazah Sofizah tidak henti ketawa, bacaan surah Al-Kahfi oleh Pak Nil membuat ramai penonton menjadi kagum.

Ada yang memuji suara Pak Nil mengaji merdu didengar. Malah perkara itu turut diakui oleh Ustaz Tarmizi, Fakhrul dan Ustazah Sofizah. Hingga kini, video Pak Nil mengaji menerima ratusan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ada warganet mengatakan suka mendengar bacaan surah oleh Pak Nil. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Meremang bulu roma dengar Pak Nil mengaji, sedap.. Terima kasih Pak Nil atas nasihat yg diberikan semoga kita sentiasa istiqamah.. “
” Cantik bacaan Pak Nil.. Acik terpegun .. Hebat .. Alhamdulillah serba boleh. Hahahak Pak Nil memang penghibur betul.. “
Merdu sungguh alunan suara Pak Nil mengaji. Benar lah apa yang dikata, Pak Nil ni serba boleh. Sepanjang bulan Ramadan, rancangan Geng Ngaji ini akan berkongsi bacaan surah Al Kahfi oleh selebriti tanah air dan antaranya adalah Dato’ Haji Nash, Harris Annuar, Namie dan lain-lain lagi.

Untuk sekadar info, Pak Nil merupakan seorang pengacara, pengarah, pelakon dan penyanyi. Pak Nil sudah berkecimpung dalam dunia pengacaraan lebih puluhan tahun. Pak Ni memulakan kerjaya penyiaran sebagai penyampai berita dan wartawan di rangkaian televisyen swasta Malaysia TV3 pada tahun 90-an.

Silakan SHARE..
Sumber : IG mysalammuslim, aznilnawawihm
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen



