Artis / Selebriti
” Semua rasa yang kita ada pada seseorang dan takdir yang kita lalui semuanya dari Dia.. ” – Irfan Haris
Muatnaik video bersama Amira Othman dan Fattah Amin, perkongsian Irfan Haris buat peminat teruja. Wah makin lama makin jelas hint Irfan bagi ni. Macam tak lama dah ni..
Nama Fattah Amin dan Amira Othman antara yang hangat diperkatakan oleh warganet. Tular sejak beberapa hari ini desas desus mengatakan Fattah telah membuat penempahan dewan untuk majlis perkahwinannya bersama Amira. Ramai juga menjangkakan pasangan sensasi ini akan bersatu sebagai suami isteri sebelum hujung tahun.
Pada perkongsian terdahulu, adik kepada Amira iaitu Irfan Haris ada berkongsikan beberapa keping gambar bersama sedikit teaser lagu single terbarunya bersama Amira. Ianya mengundang pelbagai persepsi warganet kerana gambar Fattah turut terselit sama bersama Irfan dan keluarga.
Meninjau entry terbaru di akaun Tiktok Irfan Haris, telah dimuatnaik pula satu video throwback ketika Irfan menemani Amira ke majlis open house Fattah beberapa bulan yang lepas. Kali ini, sekali lagi kapsyen Irfan meraih perhatian dan membuatkan warganet berteka teki.

Kapsyen Irfan pula tertulis ‘ Semua rasa yang kita ada pada seseorang dan takdir yang kita lalui semuanya dari Dia ‘. Ayat Irfan itu seakan merujuk kepada takdir Fattah dan Amira. Seseorang yang terbaik dihadiahkan Allah untuk kakak tersayang, mungkin benar hubungan Fattah dan Amira lebih daripada rakan sekerja.
Jom tonton video di bawah :
@irfannharis semua rasa yang kita ada pada seseorang dan takdir yang kita lalui semuanya dari Dia🤲🏻
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Hint yang jelas ni adik online.. sekarang pun dah penghujung Ogos.. irfan Kenapa menduga kami fan sgt ni.. kitorang dahla lama x dpt vitamin.. hehe.. semoga dipermudahkan urusan FA &AO.. “
” Tarikh dah ada cuma belum diwar-warkan tu Insha Allah.. Kalau mcm ni dah takleh buat2 tak paham Ipan ooiii… apa2 pun… moga dipermudahkan segala urusan kalian In Shaa Allah AAMIIN.. “
” Semoga allah bukakan jalan untuk segala tujuan baik AO dan FA.. semoga kak long dan abang long bersatu.. in syaa Allah, tak lama dah, amiiinn.. “
” Bersangka baik dgn takdir Allah ya Allah mmg sebak sgt2 tgk vid ni. smg Allah mudahkan segala urusan dan jaga hubungan ni hingga ke jannah. Allahumma aamiin.. “
” TAKDIR milik allahSwt.. Semoga dpermudahkan urusan FattMira dlm menuju fasa HALAL kkal bahagia brsama till jannah,In Sya Allah.. “
” Bagi lagi Ipan.. ipan meminta ek, tapi kita suka.. apa yang irfan post sekarang ni semuanya neyyyy.. kami buat buat tak paham la erk hehe.. “
” HAHAHA ipan xpeduli dah ni masuk headline ke x.. teruskan lg ipan.. Kalo mcmni dah takleh buat buat paham doh mmg paham teruss doh.. “
Perlahan-lahan Irfan memberikan bayangan menerusi gambar dan kapsyennya itu. Andai kata apa yang peminat FattMira impikan itu terjadi, pastinya Irfan orang paling bahagia melihat Kak Ya dan Abang Long tersayang bersama. Semoga dipermudahkan segala urusan dan doakan yang baik-baik untuk mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Irfan Haris
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

