Artis / Selebriti
” Sempoi je Aisha layan lirik Leona. Best pula dengar version bawang, haha.. ” – Netizen
Video Aisha Retno Menyanyi Lagu Ketipak Ketipung Bawang Extended Version Ketipak Ketipung Raya Buat Ramai Terhibur. Lagu Untuk Leona Ke Ni, Lirik Pun Win Sangat, Haha !!
Lagu Raya oleh penyanyi Aisha Retno berduet bersama Aziz Harun berjudul Ketipak Ketipung Raya menjadi viral di negara kita dan juga sehingga ke negara seberang, Indonesia. Beberapa selebriti ternama Indonesia menggunakan lagu itu dalam video mereka di aplikasi TikTok.
Baru-baru ini tular satu video memaparkan anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona cuba menyanyi lagu Ketipak Ketipung Raya. Namun Leona tidak mengingati lirik dan salah menyebut lirik sehingga meraih perhatian ramai.
Meninjau di akaun TikTok Aisha, telah dikongsikan video Aisha membuat lagu Ketipak Ketipung Bawang extended version lagu Ketipak Ketipung Raya. Lirik lagu itu sangat mencuit hati selain nyanyian Aisha sangat merdu. Malah bukan itu sahaja, turut diselit nama Leona dalam lirik lagu tersebut.

Perkongsian video ini mengundang tawa warganet yang mendengarnya. Ada yang mengatakan lagu version Ketipak Ketipung Bawang adalah nyanyian khas daripada Aisha untuk Leona. Sehingga kini, video nyanyian Aisha menerima ribuan komen serta telah ditonton lebih 2 juta tontonan sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.
Tonton video di bawah ini :
@asmaliza.msr
@aisharett Extended version 😃🙏🏻
Di ruangan komen, ramai yang menyukai nyayian Aisha dan pelbagai respon diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” This is the best parody of Kasih Iris Leona of “Ketiak Ketipung Bawang”.. Win sangat lirik dia, hahahhahahaa terhibur sy dengar.. “
” Eh la baca lirik baru paham ketiak ketipung bawang. Leona is watching haha.. Boleh masuk malaysia core Leona ni hahaha.. “
” Habis rosak lagu ketipak ketipung.. Sempoi je Aisha layan jer lirik Leona hahahaha.. Best pula dengar, terbaik lah Aisha.. “
” Hahahah comel laaa layankan si leona punya lagu bawang.. Dia mcm perli cara halus tapi mendalam maksud.. Sapa yg tak dpt tangkap maksud tu mmg tak boleh ckp apa dah haha.. “
” Baru lepas tgk lagu Leona lepas tu lalu pulak Aisha buat new song.. Wehh tak sgka lagu ketipak ketiak bawang leona sedap dibuat lagu haha.. “
” Mana nak cari bawang, ketiak, deodorant dalam satu lirik lagu… Berayalah dengan si bawang.. Mak cik bawang ke hahaha.. “
” Leona memang punca betul, hahahahaa dia punya pasal Aisha buat lagu baru.. Hahahaha.. Leona oh leona nasib ko comei haha.. “
Wah kalau dah nama penyanyi, bagi sahaja lah apa-apa pun version, semuanya Aisha ‘tapau’ . Hebat lah Aisha, walaupun lirik lagu tersebut sudah diubah menjadi kelakar, namun ianya tetap sedap didengar. Terbaik lah Aisha, teruskan berkarya.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok aisharett, asmaliza.msr
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen



